in

Wanita Berani ‘Sound’ Askar Rusia, Tak Berlapik Bila Kata Diorang Akan Mati Kalau Masih Ceroboh Ukraine

sound askar Rusia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita Ukraine menerima pujian ramai di internet selepas video dirinya berani berdepan dengan askar Rusia yang lengkap bersenjata selepas mereka menceroboh tanah airnya.

sound askar Rusia e1645843581543

Memetik laporan portal New York Post, insiden terbabit berlaku di Henichesk, sebuah bandar pelabuhan di selatan Ukraine. Wanita yang tak didedahkan identitinya itu pada mulanya bertanyakan pada askar berkenaan siapakah mereka.


Korang boleh tengok video kat bawah ni. Memang berani betul wanita tu!

Selepas mengesahkan askar terbabit merupakan warga Rusia, wanita terbabit terus ‘naik hantu’ dan mula menghamburkan kata-kata yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Rusia menceroboh Ukraine. Selain itu, wanita terbabit turut menambah bahawa askar Rusia sudah disumpah.

“Kau penjajah! Apa yang kau buat dekat tanah kami dengan senjata?!” marah wanita itu.

Meskipun cuba dihalau pergi oleh askar Rusia terbabit dengan mengatakan pergaduhan mereka tak akan menyelesaikan apa-apa, wanita terbabit tidak berganjak dan mendesak askar itu untuk mengambil dan menyimpan biji bunga matahari di dalam poket mereka.

Sunflower e1645843749712
Gambar hiasan

“Sekurang-kurangnya, bunga matahari (bunga kebangsaan Ukraine) akan tumbuh di tempat kau akan meninggal nanti,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah menerima hampir 20 ribu tontonan. Wanita terbabit juga telah menerima banyak pujian daripada pengguna laman sosial yang rata-ratanya kagum dengan keberanian yang ditunjukkan.

Sumber: New York Post

Baca: “Tak boleh bayangkan apa dia rasa” – Video Bapa Hantar Anak Untuk Lari Dari Ukraine Bikin Sebak

Ukraine Rusia e1645842319442

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.