in

Wanita Bakar Motor ‘Ex-Boyfriend’ Gara-Gara Bekas Teman Lelaki Tak Nak Berbaik Semula

Feature 2.22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak move on daripada bekas kekasih ni bukan senang sebab hanya masa yang dapat menyembuhkan luka di hati seseorang. Namun, buat wanita di Thailand ini pula, dia telah bertindak membakar motosikal bekas teman lelakinya gara-gara tak puas hati sebab lelaki tu dikatakan enggan berbaik semula dengan dirinya.



Menurut India Today, wanita itu telah membakar kenderaan tersebut di kawasan parkir sebuah bangunan di Bangkok, Thailand sebab bekas kekasihnya itu bekerja di situ. Perbuatannya itu juga sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

Bakar 1

Dalam video terbabit yang telah viral baru-baru ini, dia dikatakan telah ke lokasi motor tersebut dan telah menyimbah minyak tanah kepada motor terbabit.

Difahamkan, motor tu juga merupakan motosikal yang telah dihadiahkannya buat lelaki berkenaan ketika mereka masih bersama. Patut lah dia marah betul, rupanya dia yang beli motor tu. 

Bakar 2

Dalam kebakaran itu, tiada sesiapa yang tercedera namun ada beberapa kenderaan lain yang diparkir berdekatan dengan motor terbabit telah mengalami kerosakan. Bomba telah dikerahkan untuk ke lokasi berkenaan untuk memadamkan kebakaran.

Korang boleh tengok video ni di YouTube.

Pihak polis juga telah mengesahkan kejadian tersebut, lapor LadBible.

Sumber: India Today, YouTube JD’s Daily Dose

Baca: “Motor tu tak buat salah pun”- Pakcik Bakar Motosikal Sebab Cinta Kena ‘Reject’ Wanita Warga Asing

Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.