Mesti korang pernah kan alami kejadian di mana mangkuk yang kecil melekat di dalam mangkuk yang besar sehingga sukar untuk dikeluarkan semula?
Selalunya, kejadian macam ni akan berlaku ketika kita sedang mencuci pinggan. Beberapa hari lepas, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Chi Nguyen telah bertanya di platform itu tentang cara untuk memisahkan kedua-dua mangkuk itu tanpa merosakkannya.
Twitter, I need your help. I stacked a ceramic bowl into another one while doing dishes and now they are stuck. How do you remove the smaller bowl without breaking both of them?
Why am I so invested? I’ve tried to fix this for 2 days, and I cannot give up now. pic.twitter.com/ONfuw7L9dH
— Chi Nguyễn (@whatchidid) June 6, 2022
Kebetulan pula, mangkuk tu diperbuat daripada seramik. Jadi, kalau salah cara, memang confirm akan pecah la kan.
Pelbagai cara telah dicuba oleh wanita berkenaan untuk mengeluarkan mangkuk kecil berkenaan tanpa sebarang kerosakan tapi susah betul.
Dia dah cuba letak air panas supaya mangkuk tu kembang tapi tak jadi juga.
Difahamkan, dia telah mencuba pelbagai kaedah selama dua hari tau. Memang gigih betul. Mesti dia sayang sangat dekat mangkuk tu kan.
Selain itu, dia juga telah cuba sapu minyak pada bahagian sisi mangkuk namun sayangnya tetap tak berjaya.
Ramai juga netizen Twitter yang dilihat cuba membantu wanita ini dengan memberinya tips untuk dicuba agar mangkuk seramik itu dapat diselamatkan.
Setelah beberapa hari, mangkuk kecil tu akhirnya berjaya dikeluarkan setelah ia dihantukkan sedikit pada karpet oleh anak kecil wanita itu!
OMG WE DID IT!
Last 20 hours:
– upside down, on a towel, undisturbed
– gave to toddler (clear mandate that bowls must stay together)
– suction cup
– small bowl asks to not give up on it now
– banged on carpetUNSTUCK!!!! pic.twitter.com/zllvidh07H
— Chi Nguyễn (@whatchidid) June 8, 2022
So, kalau ada perkara yang sama terjadi pada mangkuk kesayangan mak korang lepas ni, mungkin boleh cuba la cara atau tips yang digunakan oleh dia ni jugak.
Sumber: Twitter @whatchidid
Baca: Apa motif asingkan telur kuning & putih tu?”- Ramai Geram Tengok Video Resepi Telur Dadar Ini