in

Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’ Dedah Sudah 20 Tahun Kumpul Barangan, Mengamuk Jika Dibuang

Ft Horading Disorder

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ahli politik, Marina Ibrahim telah berkongsi sebuah ciapan yang menunjukkan keadaan sebuah rumah yang sangat bersepah dengan longgokan barangan dan sampah.

Kejadian itu berlaku ketika berlangsungnya program kesedaran kebersihan bersama masyarakat dan penduduk yang diadakan bersama Program Johor Bersih di Johor Bahru.


Penghuni rumah berkenaan merupakan seorang wanita yang menetap bersama dua orang anaknya dan difahamkan wanita tersebut mempunyai masalah Hoarding Disorder.

“Aunty ni menangis-nangis tak beri kebenaran kami bersihkan. Tengok dalam rumah memang terkejut dengan keadaan tersebut. 20 tahun kumpul barangan tersebut. Jiran pun terkejut tak tahu dia ada 2 orang anak yang tinggal dalam satu bilik,” tulisnya.

Menurut Marina, wanita itu tetap mahu menyimpan semua barangan di rumah dan tidak bercadang untuk membuangnya dalam masa terdekat.

Apa yang merumitkan adalah, proses pembersihan yang sepatutnya dijalankan itu dihalang oleh anak wanita berkenaan dengan cara memberontak.

Fxvqvnyacaevpfk

Marina turut memberitahu, segala pujukan dan cadangan untuk menjual barangan mereka juga tidak berkesan.

Demi menyelesaikan masalah ini, Marina telah berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan kaunseling bagi membendung penyakit yang dihadapi.

Apa itu ‘Hoarding Disorder’?

Fxvqsyfamaaxilp

Sekadar info, Hoarding Disorder adalah masalah yang berbeza dengan pengumpulan barang seperti koleksi stem atau patung mainan.

Walaupun koleksi boleh menjadi besar, ia kebiasaannya tidak berselerak dan tidak menimbulkan ketegangan serta ketidakmampuan yang merupakan sebahagian daripada kesan Hoarding Disorder.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Fxvqsydauaawsvv

Rawatan boleh membantu pesakit yang mengalami Hoarding Disorder untuk mengurangkan simpanan, pengumpulan dan timbunan serta kehidupan yang lebih selamat dan dinikmati.

Sumber : Twitter, mStar

Baca : ‘Report’ Pun Tak Jalan, Individu Longgok Sampah Di Koridor Flat Sampai Susahkan Jiran Lain

Ft Ppr Kotor 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.