Tulisan khat adalah seni tulisan kaligrafi yang khusus bagi tulisan yang menggunakan huruf Jawi atau huruf Arab. Untuk korang yang pernah belajar seni penulisan khat di sekolah, korang mesti pernah guna pen khat jenis mekanikal atau jenis kayu.
Penghasilan pen khat jenis kayu adalah sangat leceh kerana melibatkan banyak proses yang perlu dilakukan sebelum pen itu terhasil.
Tapi sebenarnya bahan asas untuk menghasilkan pen khat jenis kayu ini boleh didapati ditepi jalan. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video, @iqazkria di bawah.
@iqazkria Pen khat dari pokok resam
Bukan video makanan
Dalam video ini, kita boleh tengok pokok resam yang seakan-akan pokok paku pakis di tepi jalan. Dengan mengambil akarnya, proses pembuatan pen khat boleh dimulakan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak percaya akar pokok resam boleh digunakan untuk membuat pen tulisan khat. Ramai juga yang menyangka wanita dalam video ini nak buat makanan dari pokok resam.
Mungkin sebab banyak tengok video makanan kot sampai ingatkan video buat pen pun ingat makanan. Tak boleh salahkan korang gak sebab salah sangka.
Cara wanita ni sebut pen khat tu agak misleading sampai ada yang ingat dia nak buat sejenis makanan dari Thailand. Lepas dah tengok sampai habis baru korang tahu dia nak buat pen untuk tulisan khat kan.
Tapi kan, ada orang makan tau pokok paku pakis. Cuma dalam video ni bukan pokok paku pakis lah, ini pokok resam untuk buat pen.
Dah boleh ambil dan proses buat pen ikut cara dalam video. Mungkin boleh jual pen yang dah siap lepas ni kan.
Baca: “Masa beli ingatkan daun” – Wanita Terkejut, Corak Pada Baju Tidur Anak Rupanya Tak Senonoh