in

Wang Lelaki Ini Rosak Dipercayai Akibat Digigit Tikus Lepas Sorok Duit Daripada Isteri Dalam Kereta

F4 Tikus Gigit Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benda yang paling buat kita sedih atau kecewa sudah semestinya kalau duit yang disimpan dalam tabung setiap bulan tiba-tiba lesap dalam sekelip mata atau rosak akibat banjir. Sebab ni lah pentingnya untuk simpan duit dalam bank. 


Itu lah yang terjadi kepada seorang lelaki dipercayai warga Thailand ini. Memetik laporan The Smart Local, difahamkan lelaki terbabit telah menyembunyikan sejumlah wang daripada pengetahuan isterinya dalam bonet hadapan kereta yang bersambung dengan bahagian dashboard.

Duit Tikus 3

Namun, yang paling sedih, bila diperiksa balik duit tu, rupa-rupanya sebahagian daripada wang tersebut dah digigit oleh tikus! Jumlah wang terbabit juga agak banyak, iaitu sebanyak ฿45,000 (kira-kira RM5,595.94). Fuh, kalau kat Malaysia ni dah lebih sebulan dah gaji tu! 

Duit Tikus 2

Sebelum ini, video penemuan duit yang rosak itu telah dikongsikan di TikTok oleh akaun yang dikenali sebagai dyfo6zku7dh6.

@dyfo6zku7dh6

ฝากไว้นะครับสำหรับพวกที่จะเก็บเงินซ่อนเมียไว้ให้กับอีหนูมีนะครับเงิน 45000บาทน้องหนูใช้ไป35000บามเหลือเอาไวไห้ดูต่างหน้า10000เดี๋ยว5555?

♬ เจ็บใจแทบพังแต่เฮ็ดหยังบ่ได้ – ⭐.ดำ’สุราษฎร์’สจ.พัฒนา’.⭐

Namun, nasib lelaki ini dilihat agak baik sebab ada netizen yang mengatakan duit tersebut boleh ditukar di Bank of Thailand jika memenuhi terma dan syarat yang dikeluarkan.

Harapnya dia dapat balik la kan duit tu. 

Sumber: The Smart Local, TikTok @dyfo6zku7dh6

Baca: [VIDEO] Isteri Pelik Suami Selalu Buka Kotak Dekat Rak Kasut, Bila Dibuka Rupa-rupanya…

Duit Tikus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.