Pegawai bomba di Los Angeles kini sedang berdepan masalah serius ketika cuba mengawal kebakaran di puluhan kawasan yang mengancam bandar itu kerana isu bekalan air.
Gabenor California Gavin Newsom mengatakan bahawa bahawa bandar itu menghabiskan semua sumber yang ada untuk pemadaman, dan pili bomba juga sudah digunakan sepenuhnya.
Artikel berkaitan : Bomba Tak Cukup Air, Ini Perkara Dahsyat Yang Berlaku Ketika Kebakaran Di Los Angeles
Artikel berkaitan : Dikenali Sebagai Fire Tornado, Pusaran Api Muncul Ketika Kebakaran Di Los Angeles
“Pilihan itu adalah tipikal untuk dua atau tiga kebakaran, mungkin satu kebakaran. Dan kemudian kamu mempunyai sesuatu pada skala ini.”
Menurut sumber, sehingga kini angka kematian kekal pada 24, manakala dianggarkan 12,000 struktur rosak atau musnah serta keluasan kebakaran Palisades di pinggir barat bandar kekal stabil pada 9,596.32 hektar, bagaimanapun kadar pembendungan meningkat kepada 17 peratus.
Kebakaran Eaton di kaki bukit di timur bandar berkeluasan 712.95 hektar dengan kadar pembendungan meningkat kepada 35 peratus. Imej satelit kebakaran menunjukkan kebakaran itu hanya beberapa kilometer jauhnya dari pantai Lautan Pasifik di Los Angeles, jadi kenapa tak gunakannya?
Menurut sumber, walaupun air laut secara teori boleh digunakan untuk membantu kebakaran tetapi komponen masinnya itu boleh mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan dan itulah sebabnya anggota bomba biasanya cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada menggunakan air laut kecuali terdesak.
Ini kerana, garam bersifat menghakis dan ia boleh merosakkan peralatan logam, termasuk peralatan kritikal dalam kapal terbang yang terbabit operasi pemadaman kebakaran dan pam bomba.
Malah, garam juga boleh mengurangkan kesan penyejukan air, bermakna air masin boleh menjadi kurang cekap sebagai alat memadam kebakaran. Air masin juga membawa cas lebih baik daripada air tawar, menjadikannya sedikit lebih berbahaya bagi anggota bomba.
Selain itu, kesihatan persekitaran turut menjadi satu perkara yang membimbangkan pegawai bomba kerana penggunaan air masin untuk memadam kebakaran.
Jadi, bila air masin dibuang dalam kuantiti yang banyak di atas api, garam itu lazimnya pergi ke suatu tempat, ke dalam tanah, atau ia dihanyutkan ke dalam aliran air berdekatan. Mendedahkan kuantiti garam yang banyak ke kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan seperti di tapak kebakaran hutan lazimnya memudaratkan, lapor sumber.
Sumber : Harian Metro