Lagu-lagu Korea atau lebih dikenali dengan K-Pop adalah satu fenomena yang melanda tanah air kita dan hampir ke seluruh dunia. Gelombang yang bermula dengan lagu hit Gangnam Style ini seakan-akan tidak nampak lagi titik hujungnya.
Begitu juga dengan generasi muda yang mengikuti fenomena ini dan seakan menjadi sebahagian norma dalam aktiviti seharian. Dengan gerak tari yang lincah, sesiapa yang mampu mengikut gerak tari Kpop ini mampu membuat orang lain terpegun. Twitter @aimanzzss ada berkongsi video berdurasi 18 saat, seorang pelajar sekolah melakukan gerak tari Kpop.
#BLACKPINKINYOURAREA ?? pic.twitter.com/XRzxMFaHV5
— ????? (@aimanzzss) April 18, 2019
Badan comel pun boleh menari
Memang tak dinafikan pergerakan tariannya tepat dah mengikut rentak lagu. Memang wajar diketengahkan bakat yang terpendam ini. Kelas kau, dik!
Confident adik ni memang hebat. Dah lah menari solo, dekat sekolah, sambil pakai baju sekolah. Persetankan saja orang ramai yang kaki kecam tu. Kau memang power, dik!
Betul, lebih baik lagu terpengaruh dengan lagu Kpop yang kita tak faham bahasa dia berbanding dengan lagu yang kita faham maksud tapi mencarut je banyak.
Apa-apa pun minat kita dalam seni tak kiralah muzik, tarian, lukisan atau apa sekali pun, seharusnya diberi pendedahan yang cukup untuk mengembangkan lagi bakat yang ada. Janganlah kita sebagai netizen hanya mahu mengecam akan minat dan preference orang lain. Nampak gaya macam boleh guna untuk zumba ja moves lagu Blackpink ni, confirm berkicap!
Baca: ”Dia confident dengan diri dia kau?” -Netizen Tempelak Pemuda Ini Kutuk Lelaki Berbadan Besar Menari