Kenyataan seorang pendakwah selebriti, Salimah Habibi, baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila beliau mengulas isu ketaatan isteri ketika dalam tempoh iddah selepas perceraian.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Salimah menjelaskan bahawa seorang wanita yang masih berada dalam tempoh iddah dikira masih berstatus isteri, walaupun sedang melalui proses perceraian dan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami.
Artikel berkaitan: Ustaz Azhar Idrus Dedah Hukum Isteri Berkenalan Atau Bercinta Ketika Dalam Iddah Dengan Lelaki Lain
Artikel berkaitan: “Saya masih dalam iddah” – Insiden Kereta Terjatuh Gaung, Bekas Isteri Tidak Tahu Mangsa Bakal Berkahwin
Menurutnya, dalam tempoh tersebut, isteri tetap wajib mendapatkan keizinan suami sekiranya ingin keluar rumah, termasuklah untuk menunaikan ibadah umrah atau pergi ke mana-mana destinasi.

“Walau suami jahat macam Firaun pun, tetap kena minta izin kalau nak pergi umrah atau ke mana-mana. Selagi masih isteri, walaupun dah tak serumah dan dalam proses cerai, tetap wajib dapatkan izin,” tulisnya.
Salimah turut menegaskan bahawa ketaatan tersebut bukanlah kepada suami semata-mata, sebaliknya merupakan ketaatan kepada perintah Allah SWT. Malah, menurutnya, jika seorang isteri pergi menunaikan umrah tanpa keizinan suami ketika dalam iddah, ibadah tersebut boleh menjadi tidak sah dari sudut ketaatan kerana melanggar perkara yang wajib.
Beliau turut mengingatkan umat Islam agar tidak mengamalkan agama berdasarkan emosi atau perasaan semata-mata, sebaliknya perlu berpandukan ilmu.
Sumber: Threads
