in

“Wah masih ada mood nyanyi dan menari ye…”

JIB NYANYI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Wah masih ada mood nyanyi dan menari ye..."
Loading
/

Cakaplah apa saja mengenai bekas Perdana Menteri kita ni, mesti netizen dan rakyat di luar sana berminat nak ambil tahu. Sejak meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak dan isterinya sentiasa menjadi tumpuan umum akan apa yang dorang buat pada setiap hari.

Selepas bercuti di Langkawi, kali ni Najib dan Rosmah yang kembali ke KL anjurkan pulak open house raya di The Diplomat KL bersama penyokong yang disayangi. Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, viral video Datuk Seri Najib sedang bergembira sambil menyanyikan sebuah lagu Inggeris bertajuk ‘The Young Ones’ di majlis tersebut.


Uissh ada bakat bekas PM kita ni! 

Meskipun bekas PM kita ni dah biasa menyanyi kat beberapa event yang dia pernah hadiri semasa jadi PM dulu, ramai di kalangan netizen agak terkejut apabila melihat Najib seperti relax dan tidak susah hati ketika menyanyikan lagu Inggeris tu walaupun tengah hadapi tuduhan 1MDB. 

NAJIB 2
Sumber: Facebook

Malah ada jugak yang minta Najib puas-puas enjoy terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke jel Sungai Buloh tak lama lagi. Amboi korang sedapnya mengata! 

NAJIB 1
Sumber: Facebook

Hadiri bersama dalam majlis tersebut, Datin Seri Rosmah kali ni awkwardly tak menyanyi pulak apa-apa lagu walaupun beliau dahulu seperti kita semua tahu begitu minat dalam bidang nyanyian. Maybe datin seri tak nak ganggu mood suami menyanyi kot. 

Dalam majlis sambutan hari raya tersebut, Datuk Seri Najib dikatakan memberi ucapan yang membina kepada penyokongnya dan sekali-kali takkan mengalah dalam menghadapi segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Ini video full ucapan Najib: 

https://www.facebook.com/wanmantra/videos/10216439390081695/

Wah wah ingatkan Rosmah aje yang suka menyanyi, Najib pun sama ye. Untunglah yang datang majlis hari raya tu dapat dengar Najib menyanyi live.

Baca: “Najib selalu anggap orang lain bodoh” – Tun M 

tun m

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.