in

“Wagyu ke apa?”- Lelaki Terkejut Harga 30 Cucuk Sate Di Cheras RM 107

Ft Sate Rm107

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai di antara kita yang lebih gemar untuk makan di luar ataupun membungkus makanan dari kedai kegemaran kita sebab senang tak perlu nak bersusah payah dekat dapur memasak dan mengemas. Tapi zaman sekarang ni kadang-kadang ada harga yang tak masuk akal kan?

Baru-baru ini telah tular sebuah ciapan di Twitter oleh @adiehussin94 yang berkongsikan kisahnya apabila dia berasa terkejut dengan harga yang dikenakan untuk 30 cucuk sate dan nasi impit mencecah RM107.


Biar betul?!

Berdasarkan gambar resit yang dikongsi oleh Adie, secucuk sate ayam berharga RM2.90 manakala untuk sate daging pula berharganya adalah RM3.90 secucuk.

Susulan kejadian itu, Adie telah memuat naik hantaran tersebut sambil meminta pendapat rakan-rakan maya mengenai harga yang telah dikenakan kepadanya oleh sebuah kedai yang dikatakan di sekitar kawasan Cheras, KL.

Frhylvfauaeviog

Menurut laporan World Of Buzz, Adie yang berasal dari Shah Alam memberitahu bahawa kedai tersebut mempunyai dua jenis sate iaitu bajet dan original.

“Saya pilih sate original. Harga untuk versi bajet tu dalam 80 sen ke RM1 secucuk dan yang original pula RM2 ke RM2.50 secucuk. Tapi saya terkejut bila saya membayarnya,” kata Adie.

Adie turut memberitahu, walaupun satenya sedap tapi itu adalah kali pertama dan terakhir dia membeli daripada kedai tersebut kerana dia berasa tidak berbaloi jika dibanding dengan kedai lain yang pernah dikunjunginya.

“Mahal. 30 cucuk sate, harga baru dalam RM40+” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan harga yang dikenakan untuk 30 cucuk sate dan ramai warganet yang berkongsi rekomendasi tempat sate yang berbaloi dan lebih murah.

Screenshot 2023 03 15 162928

Selain itu, influencer makanan, Ceddy turut memberikan pendapatnya mengenai harga sate tersebut. Dia juga turut mempersoal adakah daging yang digunakan itu daging wagyu?

Kalau macam ni harga sate diaa… Pehhh…

Baca : Kreatif! Peniaga Sate Ini Guna Nama Parti Politik Untuk ‘Marketing’ Kedai

Ft Gerai Sate 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.