in

Vokalis Kumpulan Terkenal Didakwa Arah Pembantu Rumah Culik Anak?

kena culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak, kan? Namun kalaupun sayangkan anak, bimbang juga kalau ia melibatkan hal culik menculik ini.

Terbaru, seorang pembantu rumah warga asing didakwa telah melarikan anak selebriti wanita, yang mana kejadian itu dilaporkan berlaku pada bulan lalu.


depositphotos 244739340 stock photo victim boy hands tied rope

Artikel berkaitan: “Kawasan rumah dicemari najis kucing” – Jiran Dakwa Penyanyi 90-an Pengotor, Selalu Memekak Tengah Malam

Artikel berkaitan: Ugut Nak Culik Anak Jika ‘Curi’ Budaya Indonesia, Nabila Huda Minta Netizen Tolong ‘Settle’ Individu Ini

Selebriti wanita berkenaan yang juga dahulunya seorang penyanyi telah bertindak pantas dengan membuat laporan polis berkenaan kes tersebut di Balai Polis Ampang.

Menurut laporan, pembantu rumah tersebut sudah berjaya ditahan pada hari kejadian. Hasil siasatan juga mendapati, bekas suami selebriti wanita itu yang juga vokalis kumpulan terkenal didakwa menjadi dalang penculikan.

pexels photo 811838

Pembantu rumah tersebut juga mendedahkan yang dia telah diarahkan penyanyi lelaki itu untuk berbuat sedemikian kerana sudah lama tidak bertemu dengan anak lelakinya yang juga anak angkat mereka ketika masih bergelar suami isteri.

Dalam pada itu, bekas pasangan selebriti itu juga katanya akan membawa kes mengenai hak penjagaan anak ini di mahkamah syariah.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.