Seorang vlogger dari India sanggup merantau jauh ke Banten, Indonesia, bagi melamar seorang gadis dari suku Baduy yang dikenali sebagai Rumsyah. Namun, usaha romantiknya berakhir dengan kekecewaan apabila lamarannya ditolak di hadapan kamera.
Memetik laporan Harian Metro, Rumsyah yang juga pencipta kandungan popular di media sosial pada awalnya kelihatan bingung dengan pertanyaan vlogger berkenaan. Selepas dibantu aplikasi terjemahan, beliau akhirnya memahami situasi sebenar sebelum memberikan jawapan penolakan.
Difahamkan, vlogger itu sudah beberapa bulan berinteraksi dengan Rumsyah secara dalam talian sebelum berkunjung ke Banten. Namun, faktor adat dan budaya menyebabkan lamaran itu tidak diterima.
Menurut penjelasan Rumsyah, wanita Baduy kebiasaannya hanya memilih pasangan daripada kalangan suku mereka sendiri. Tradisi ini menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Baduy yang terkenal dengan pegangan budaya yang kuat.
Klip berdurasi 21 saat yang memaparkan detik lamaran tersebut tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan mengenai adat perkahwinan masyarakat Baduy. Walaupun gagal, ramai netizen tetap mengagumi keberanian vlogger India itu menempuh perjalanan jauh demi cintanya
Baca: Bengang Lamaran Cinta Ditolak, Pengawal Keselamatan Wanita Diserang & Diugut B*nuh