in

Viral Video Lelaki Mirip Tauke Jambu Berbaju Nikah, Ini Respon Pelawak Tersebut…

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral semalam di TikTok apabila video seorang lelaki mirip Tauke Jambu bersama seorang wanita berpakaian pengantin lalu di fyp.


Video yang dimuat naik oleh @piddyys itu dipercayai dimuat naik semula di TikTok daripada IG seseorang.

“Congratulatios Shu”

Seorang wanita di dalam video dilihat telah mengucapkan tahniah kepada pengantin perempuan bernama Shu yang berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya.

Congratulations Shu. Semoga u bahagia. Berakhir sudah perjuangan i, i harap u jadi wife yang baik disamping suami pilihan u.”

@piddyys

Semoga kekal bahagia ?#fypシ

♬ Buah Jadi Permadani Cover – ns78_officiall

Video yang telah mendapat tontonan sebanyak 2.2 juta ini telah mengundang pelbagai soalan dari netizen kerana lelaki yang dilihat dalam video tersebut yang dilihat mirip pelawak itu.

Ekoran ini, Instagram Tauke telah diserang oleh netizen bertanyakan tentang status dirinya yang dikatakan telah pun berkahwin satu lagi.

Screenshot 2021 11 24 At 11.29.15 Am Down

“Hanya kerana dia”

Sebentar tadi, selepas Instagram peribadinya diasak dengan persoalan netizen, Tauke telah memuat naik IG Story mengatakan apa yang dilakukannya adalah kerana Allah.

Screenshot 2021 11 24 At 11.31.50 Am

Gambar Tauke memakai baju yang lebih kurang sama dalam video viral tersebut turut dimuat naik pelawak ini di Instagramnya semalam dengan menunjukkan simbol “Allah yang satu”.

Sehingga kini, masih belum ada kesasihan dari mana-mana pihak mengenai status sebenar Tauke. Manakala Instagram isteri pertama Tauke, Nadia pula telah dikunci dari tatapan umum.

Screenshot 2021 11 24 At 11.37.06 Am

Ada kemungkinan jugak ini semua babak dari lakonan drama atau filem baru kan?

 

Baca: “Kebenaran terjawab. Saya bukan bapa ayam” – Tauke Nekad Tinggal Dunia Hiburan, Terkilan Asyik Terpalit Kontroversi

Screenshot 2021 11 24 At 11.49.19 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.