Baru-baru ini tular satu video seorang pempengaruh terkenal di TikTok menunjukkan dirinya sedang memujuk isteri untuk berpoligami. Situasi dalam video tersebut dikatakan berlaku selepas solat subuh, iaitu 3 jam sebelum lelaki itu melangsungkan pernikahan kali kedua.
Menurut pemilik video yang terkenal dengan gelaran ‘Abang Tesla’, dia telah mendapat restu daripada isteri pertamanya itu.
“Isteri saya reda, dan sangat-sangat menjaga aib dan maruh suami dia”
Tidak dinafikan isteri pertamanya begitu sedih, dalam video tersebut dilihat Abang Tesla ambil masa untuk pujuk dan tenangkan hati isterinya.
Abang Tesla turut menjelaskan bahawa seorang isteri yang baik adalah isteri yang taat serta menjaga maruah dan aib suaminya.
Satu dalam seribu kalau isteri bagi suami dia kahwin lain. Salute dengan ketabahan akak ni. pic.twitter.com/GlZZNyPEpI
— Bbie. (@twtbiy) August 19, 2023
Dalam masa 2 hari, video tersebut telah meraih lebih daripada 13K jumlah perkongsian menerusi platform X dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen termasuklah pelakon terkenal, Nabila Huda.
Pelakon filem Rahsia ini rasa kurang senang dengan perkongsian ini dan menemplak sekeras-kerasnya tindakan pempengaruh itu.
Dalam pada itu, artis lain, Shila Amzah turut memberikan pendapatnya tersendiri berkenaan dengan isu poligami yang berlaku di TikTok.
Kalau you betul sayang isteri pertama, takde nye nak kahwin isteri kedua.
Walaupun dapat izin dari isteri pertama tu.
Eh baran eh tgk TikTok niari.
Fikir logik je la, Jangan nak buat appreciation post panjang berjela nak tunjuk how you appreciate your first wife when you’ve…— 茜拉 (@Shilaamzah) August 20, 2023
Melihat respon ringkas tapi pedas daripada Nabila Huda, ramai netizen menyokong dengan kenyataan berbisa itu, mereka pun turut marah apabila melihat video tersebut.
Difahamkan Abang Tesla ada buat penjelasan menerusi Instagram berkenaan isunya yang tular ini, tapi berdasarkan pemantauan min, ia sudah dipadamkan.
Baca : PDRM Larang Penggunaan ‘Autopilot’, Bakal Siasat Pasangan Singapura Pandu Tesla Ke Penang