in

Viral Teh Tarik Akuarium, Netizen Dakwa Nampak Menarik Tapi Sebenarnya Bahaya?

Teh Tarik Akuarium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi melariskan produk atau makanan yang dijual, pelbagai idea kreatif telah dibuat peniaga bagi menarik perhatian pembeli.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar memaparkan cara kreatif peniaga menyediakan teh tarik menggunakan pam akuarium yang menarik perhatian ramai.


F1Xo3Oqagae5Zvl

Letak teh tarik dalam akuarium berbahaya?

Pun begitu, tindakan peniaga menggunakan akuarium kaca dan pam akuarium jenis plastik (hanging filter) telah ditegur individu bernama Mat Yoe kerana menyifatkan ia sesuatu yang membahayakan.

Menurut perkongsiannya di Facebook, penggunaan kedua-dua bahan yang bukan dalam kategori food grade itu salah kerana bahan berkenaan tidak sesuai digunakan sebagai bahan penyediaan makanan dan minuman.

“Kat akuarium kaca tu ada silikon. Silikon yang bukan food grade antaranya adalah BPA Silicone yang bukan food grade antaranya adalah BPA (Bisphenol A), BPS (Bisphenol S), ftalat, PVC (Polyvinyl Chloride), LDPE (Low Density Polyethylene), PP (Polypropylene), PS (Polystyrene), atau PC (Polycarbonate).

“Balang yang food grade biasanya terbuat dari plastik jenis PETE/PET (Polyethylene Etilen Terephalate) atau HDPE (High Density Polyethylene). 

“Hanging filter di dalam gambar juga bukan diperbuat daripada bahan-bahan di atas. 

“Balang yang bukan food grade biasanya terbuat dari plastik jenis PVC (Polyvinyl Chloride), LDPE (Low Density Polyethylene), PP (Polypropylene), PS (Polystyrene), atau PC (Polycarbonate),” jelasnya.

Malah dia juga menjelaskan mengenai cara-cara untuk melihat bahan yang digunakan menepati food grade atau tidak iaitu dengan melihat logo segitiga dengan angka 1, 2, 4, 5 dan nombor 3, 6 dan 7 bagi kategori bukan food grade. 

Katanya lagi, balang yang bukan food grade tidak boleh digunakan untuk berniaga minuman kerana ia membahayakan kesihatan. Tak cukup dengan itu, dia mendakwa hanging filter dengan motor yang berfungsi sebagai penyedut air juga mempunyai minyak gris yang membahayakan.

“Jangan fikir nak hipster je” 

Mat Yoe juga memberi peringatan bahawa pihak penguatkuasa sering dijalankan oleh pihak terbabit dan penting bagi peniaga untuk tidak mengabaikan aspek keselamatan dalam makanan jika tidak mahu dikompaun.

Un

Ingat, penguatkuasaan selalu dilakukan. Jangan fikir nak hipster je hingga mengabaikan aspek keselamatan makanan. Kena kompaun, jangan ratib anggota penguatkuasa tindas sesama bangsa Melayu pulak. 

“Nak berniaga wajib sertai kursus pengendali makanan. Kemudian akan diberikan sijil. Dalam kursus tersebut banyak benda akan diajar. Apa yang boleh, apa yang tak boleh,” katanya lagi sambil mengingatkan akan aduan yang boleh dilakukan pengguna dan peniaga boleh dikompaun di bawah Akta Makanan 1983.

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Bagi admin kita ikut saja undang-undang yang ditetapkan. Tak mahu nanti menyesal keesokan hari. 

Baca: Anak Pemilik Restoran Dedah TikToker Offer Nak Review Makanan, Tapi Minta Bayar RM 1,500

Review

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.