Semalam, tular di media sosial gambar dan video menunjukkan situasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC yang dibanjiri ribuan warga asing. Ramai dilihat beratur sehingga memenuhi jalan sepanjang hampir 2km bermula pintu masuk PPV KLCC, menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Keadaan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial sehinggakan ada yang turut mencadangkan jika pihak berwajib mewujudkan PPV khas untuk warga asing.
Majikan hantar tak ikut appointment
Terbaru, polis mengesahkan kejadian itu dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata situasi tersebut berlaku kerana ada sesetengah majikan menghantar pekerja mereka tanpa mengikut janji temu, lapor Sinar Harian.
Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan sihantar ke PPV KLCC.”
The situation around the Vaccination Center (PPV) is quite crowded with foreigners and local as they queue to get the COVID-19 vaccine injection at Covid-19 Vaccination Centre, KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur. #vaccination #Covid_19 pic.twitter.com/azlyOWrkfM
— adib rawi (@adibrawi) July 28, 2021
Menurut NST, majikan telah diingatkan tidak menghantar pekerja warga asing mereka terlalu awal dari masa janji temu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kejadian sebegitu berlaku.
Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.”
Sila ikut masa janji temu (yang ditetapkan).”
Diharapkan majikan bertanggungjawab dan memainkan peranan dalam mengelakkan berlakunya situasi sebegini. Sesak tanpa penjarakan sosial satu hal, dorang pun kesian berdiri tengah panas macam tu.
Tu kalau hujan macam mana agaknya.
Baca: “Balik kau!” – [VIDEO] Petugas PPV Halau Warga Asing Datang Cucuk Vaksin, Rupanya Sebab…

