Sejak semalam lagi, tular di media sosial berkenaan kehilangan seorang kanak-kanak di Pangsapuri Saujana Permai 2, Kajang sekitar jam 8.40 malam.
Kanak-kanak perempuan itu dikatakan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari mengaji di kawasan berkenaan.
Minta jasa baik semua, jika ada terjumpa kanak-kanak ni sila hubungi mak dia +6012-5165238..
Last di Pangsapuri Saujana Permai 2 dlm lingkungan jam 8.40mlm tadi..
Minta tolong sebarkan.
(Sumber Media sosial) pic.twitter.com/Hl2m57nG4J— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) August 6, 2024
Artikel berkaitan: “Seperti terpinga-pinga” – Muhammad Effzaldanish Ditemui, Hanya Diam Bila Ditanya Mengenai Kehilangan
Artikel berkaitan: “Seorang lelaki ditahan” – Remaja Perempuan 17 Tahun Hilang Di Hulu Selangor Ditemui Di Triang, Pahang
Walau bagaimanapun, menerusi update terbaru, kanak-kanak tersebut difahamkan dijumpai pada jam 10 malam pada hari yang sama selepas tiga jam dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kanak-kanak itu sebenarnya tidak hilang tetapi tersilap menggunakan lif di kediaman itu ketika hendak pulang ke rumah.
Kanak-kanak ini tidak hilang. Ketika pulang mengaji telah tersilap turun lif dan sampai ke tingkat paling bawah sebelum tidak dapat naik semula ke rumahnya.
“Dia juga dijumpai pada hari yang sama sekitar pukul 10 malam oleh ahli keluarga yang berdekatan dengan rumahnya,” katanya.
Mujurlah tak ada apa-apa yang terjadi. Harap ibu bapa lebih alert dengan keberadaan anak-anak lepas ni.