in

Viral Petikan Video Kata Booster Bukan Untuk Semua, KJ Tampil Beri Respon

ft kj respon video lama pasal booster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu petikan video viral di media sosial sejak semalam daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini berhubung dengan kenyataannya bahawa dos penggalak vaksinasi Covid-19 bukan untuk semua.

Dalam kenyataan tersebut, Khairy Jamaluddin ada menyatakan bahawa suntikan penggalak itu hanya difokuskan kepada golongan-golongan tertentu dan beliau menyatakan bahawa beliau sendiri tidak mengambilnya. Namun begitu…


 

Video lama

Menerusi Harian Metro, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah tampil memberikan penjelasan bahawa petikan video itu dah lama, September 2021. Pada waktu itu, pemberian dos penggalak secara menyeluruh belum lagi bermula.

Malah sidang media itu dilakukan selepas Khairy meninjau perkhidmatan saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

“Pada ketika itu juga, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan kedua masih giat dilaksanakan. Kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa.”

“Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan, manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat.”

Menjawab spekulasi yang telah mendapat perhatian netizen itu, KJ sendiri telah tampil memberikan respon menerusi laman Twitter miliknya semalam.

Katanya, waktu itu adalah ketika sidang akhbar bertarikh 20 September 2021 diamana ia sebelum tercetusnya varian Omicron di negara ini.

Tegasnya lagi, perkara ini tercetus apabila ada golongan tertentu yang sengaja ‘gali’ video lama saat kita semua perlu tahu lebih mengenai virus Covid-19 ini dengan bertujuan memberikan maklumat yang salah.

Jadi, KJ menegaskan bahawa beliau kena rajin jawab benda yang sama walaupun perlu diulang banyak kali bagi melawan infodemik.

 

Baca : Tak Payah Check Dah! KJ Umum Pemeriksaan Suhu Tidak Lagi Diwajibkan

fi suhu

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.