Baru-baru ini telah pun tular satu video rakaman seorang pak cik pervert yang dilihat sedang ‘membuat onar’ di ampaian di sebuah kawasan kejiranan.
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur itu telah menyebabkan suspek yang dipercayai seorang warga emas berusia 62 tahun itu ditahan pihak polis.
Perbuatannya itu ‘kantoi’ setelah dirakam oleh jiran mangsa yang kemudiannya menghubungi polis untuk membuat laporan dan kini dia telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.
Setelah isu berkaitan pak cik ini tular di media sosial, para netizen pastinya tidak terlepas untuk memberikan komen dan pendapat masing-masing. Pun begitu, ada beberapa komen yang membuatkan kebanyakan netizen pelik dengan segelintir pihak yang menyalahkan kaum hawa kerana menyidai pakaian dalam di ampaian tempat terbuka.


Berikutan komen yang diberikan itu, ramai netizen yang bersuara dek kerana pelik dengan pandangan mereka yang mengatakan perbuatan pak cik tersebut berpunca daripada salah kaum hawa.


Ada juga yang mempertikaikan tindakan mereka itu sebagai satu masalah besar dalam sesebuah komuniti kerana dikatakan isu golongan ‘pervert’ bukanlah sesuatu yang remeh, tetapi ia adalah satu hal serius.

Di samping itu, ramai juga yang memberi komen berbaur sarkastik terhadap isu ini.


Pada pendapat min, yang salah tetap salah. Pendapat korang pula macam mana?
Baca: Gadis Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Lelaki Pervert Waktu Jalan-Jalan Di Pasar Seni

