Kalau kita perhatikan, banyak keluhan daripada rakyat Malaysia di media sosial mengenai masalah urusan mereka mengenai insurans.
Antaranya baru-baru ini ada seorang netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dengan insurans di Malaysia, ianya bermula apabila ada individu yang menetap di Germany dengan menyatakan sistem mereka begitu mudah.
Kemudian ia jadi meleret apabila ada individu menyokong pendapat itu dengan mengatakan banyak perkara yang insurans ‘tak cover’.
Bayar dekat 300, demam tak cover
Disebabkan tweet ini telah meraih lebih daripada 5,000 jumlah perkongsian , ia membuatkan Adzren Adnan terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya supaya orang ramai faham bahkan tidak salah anggap dengan insurans di Malaysia ini. Katanya, perkara ini terjadi mungkin disebabkan masalah komunikasi.
“Secara logik akal, bayar hampir RM300 sebulan melalui panggilan telefon tanpa penerangan jelas dan tak tahu siapa di sebalik panggilan, saya tak rasa itu satu tindakan yang bijak. Jadi, persetujuan ini pasti antara ejen dan awak, jumpa berdepan atau berhubung secara dalam talian, saling kenal dan yang pasti dipercayai. Kalau tak percaya, tak mungkin sanggup keluar duit bulan-bulan hampir RM300 kan?”
Tambah Adzren bebenang yang dibuat oleh individu itu mungkin tidak akan wujud jika 10 aspek ini jelas disampaikan kepadanya.
- Dari awal memang dah dijelaskan beza Takaful dan Insurans
- Dari awal memang dah dijelaskan apa fungsi Hibah, apa fungsi Medical Card
- Dari awal memang dah dijelaskan Fungsi Tabung Takaful
- Dari awal memang dah dijelaskan Dana Tabung Takaful
- Dari awal memang dah dijelaskan Intipati Takaful di Malaysia
- Dari awal memang dah dijelaskan apa itu waiting period
- Dari awal memang dah dijelaskan apa itu contestable period
- Dari awal memang dah dijelaskan apa itu congenital disease
- Dari awal memang dah dijelaskan apa itu general exclusion
- Dari awal memang dah dijelaskan kenapa semua duit tak dapat balik kalau tak ada apa-apa jadi
https://www.facebook.com/100000469031586/posts/7967326009959621/?d=n
Kesimpulannya, Adzren mengatakan bahawa individu tersebut sepatutnya berjumpa dan bersemuka dengan ejen untuk dapatkan info yang jelas, jika ejen tersebut tidak bertanggungjawab, ramai lagi ejen di Malaysia ini.