Beberapa hari lalu, tular foto dan video memperlihatkan seorang wanita menjual makanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ia mengundang rasa simpati netizen kerana pengirim video mendakwa bahawa jualan itu dibuat bagi menanggung kos kanser yang dia hidap.
Perkongsian tersebut tular sehingga meraih lebih daripada 13K jumlah retweets dalam sejak ia dikongsikan pada 2 Mac 2022 lepas. Dikhabarkan, makcik ini akan jual pelbagai menu makanan.
Jual makanan untuk sara kos kanser
Disebabkan berita itu tersebar meluas dengan pantas, ramai netizen yang ada di kawasan KLIA bantu makcik tersebut. Dalam pada itu, ada juga pihak-pihak tertentu ingin mencari butiran lanjut mengenai makcik tersebut untuk hulurkan bantuan.
While at the airport just now, ada Makcik ni datang tanya nak beli tak nasi rendang ayam, nasi minyak, ayam masak merah. Memula I macam takut la kan. Then after she walk away I nampak bakul hijau tu ada bekas bekas. So I pun panggil balik semula untuk beli. pic.twitter.com/4KGAdlBEmd
— 𝒊.𝒛𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒉 (@izx2471) March 2, 2023
Ekoran dengan penularan video itu, ada pula netizen yang mendakwa bahawa dia mengenali makcik tersebut sejak tahun 2016 lagi.
Makanan selalu basi, kerek kalau tak nak beli
Berdasarkan perkongsian daripada seorang netizen yang terpanggil pasal kes makcik ni, individu tersebut menyatakan bahawa dia kenal dengan makcik tersebut. Difahamkan, selain di lapangan terbang, makcik ini berada di merata tempat seperti Subang Parade, Midvalley, dan Sunway.
Katanya perniagaan ini dibuat sejak tahun 2016, difahamkan ada juga cerita yang kurang sedap didengar mengenai makcik ini.
“Kadang ramai tak beli sebab selalu dapat makanan dia dah basi. Astu kalau kita tolak tak nak beli, nanti dia buat muka. Jeling maut.”
https://twitter.com/CaaKalya/status/1631468789702496256
Menjengah ke ruangan komen, ada yang pernah lalui pengalaman yang sama seperti individu ini, bagaimanapun ada juga yang memuji menu masakan makcik ini. Namun begitu, masih ada netizen mempertikaikan penyakit makcik ini dari tahun 2016 hingga 2023 ini.
Apapun terpulang kepada individu, ada yang puji sedap masakannya itu.
Baca : Viral Makcik ‘Cleaner’ Fasih Cakap Jepun, Rupanya Boleh Bertutur 5 Bahasa!