in

Viral Makcik ‘Cleaner’ Fasih Cakap Jepun, Rupanya Boleh Bertutur 5 Bahasa!

Makcik Cleaner Kak Ning Fasih 4 Bahasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di Masjid Negara dilihat fasih bertutur dalam bahasa Jepun dengan beberapa orang delegasi dari negara matahari terbit tersebut.

Kefasihannya membuatkan video itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata tertanya siapakah makcik yang hebat ini.


https://www.tiktok.com/@lagumalaysiaindonesia/video/7133400785370516762?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed

Bukan pensyarah tetapi dah jadi pemandu pelancong selama 3 dekad! 

Menerusi video berkenaan, ramai yang mendakwa makcik tersebut merupakan bekas pensyarah dan sebagainya, namun menerusi temubual dengan Harian Metro, Nirmaningsih Mawi atau lebih mesra dipanggil, Kak Ning, 59, ini memberitahu rupanya dia pernah berkerja sebagai pemandu pelancong selama 30 tahun.

Namun akibat daripada penutupan sempadan kerana pandemik Covid-19, dia beralih kerjaya menjadi tukang cuci di Masjid Negara.

Kakning 1661176965

“Kali terakhir saya bawa pelancong ke negara ini (sebelum PKP) adalah pada 13 Mac lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengubah hidup saya.

“Empat bulan saya tidak bekerja sebelum ambil tawaran bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat.

“Saya bekerja di situ selama enam bulan sebelum beralih ke syarikat sanitasi dan kini di sini (Masjid Negara) bersama suami yang juga bekerja sebagai tukang cuci.

“Satu pengalaman baru kerana dulu, saya bawa pelancong ke masjid tetapi kini bekerja di sini pula,” ceritanya yang kini menetap di Batu Caves.

Rupanya boleh bertutur dalam 5 bahasa! 

Mengimbas kembali kenangannya sebagai pemandu pelancong, Kak Ning memberitahu bahawa dia telah memulakan kerjayanya itu sejak tahun 1990 lagi dengan bekerja di bawah syarikat agensi pelancongan selama 4 tahun sebelum bergerak secara bebas.

Dia kemudian telah mengambil kursus bahasa bermula dengan Bahasa Inggeris pada 1990, diikuti Jepun (1991-1992), Arab (2010) dan Jerman (2011).

Haa kalau korang tak percaya, tengok video makcik ni cakap dalam pelbagai bahasa. Fasih cakap macam air je wehhh! 

@sibarbiesulu

Tadi dapat interview makcik cleaner yang viral cakap Jepun tu, baik and sporting sangat❤️ #fyp #foryoupage #fypppppppppppppp #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokviral #barbienews #journalist #harianmetro

♬ original sound – Si Barbie Sulu – Si Barbie Sulu

Sebaik tamat kursus yang diambil, Kak Ning perlu melalui ujian penilaian pula sebelum mendapat lesen bahasa daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Kiranya, saya boleh bertutur dalam lima bahasa cuma banyak berurusan dengan pelancong dari Jepun.

“Saya belajar bahasa Jepun ketika mengikuti kursus intensif Dasar Pandang Ke Timur selama enam bulan di Wisma Belia, Jalan Syed Putra, di sini selepas mendapat tajaan biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Tamat kursus, saya bekerja sambil menjalani latihan pula di syarikat agensi pelancongan dekat Tokyo, Jepun dan di situlah saya praktikkan cara bercakap selain belajar etika kerja di sana.

“Kalau tidak ke sana, boleh jadi saya tidak boleh cakap Jepun seperti sekarang cuma pengorbanannya apabila perlu meninggalkan anak sulung yang ketika itu berumur 11 bulan,” katanya lagi.

Kakning1 1661176968

Bila ditanya mengapa dia memilih untuk menjadi tukang cuci di Masjid Negara, Kak Ning memberitahu yang bekerja sebagai ‘cleaner’ di masjid ini telah memberinya banyak pengalaman baru yang menyeronokkan.

Selain dapat berjumpa pelancong, dia juga dalam meluangkan masa menghadiri kelas agama seperti tadarus dan dapat juga makan tengah hari bersama suami.

Meskipun sudah menjadi tukang cuci, Kak Ning tidak meninggalkan kerjayanya sebagai pemandu pelancong sepenuhnya dan masih menawarkan khidmat pada hujung minggu.

Wah hebatlah rupanya makcik ni! Salute dengan kefasihannya boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Harap jadi inspirasi buat semua. 

Baca: Netizen Terpegun Lihat Makcik ‘Cleaner’ Sembang Dalam Bahasa Jepun Di Masjid Negara

Makcik

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.