Baru-baru ini kecoh tentang klip video ucapan dari Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin mengenai kenyataannya berkaitan dengan isu Orang Utan.
Kenyataan beliau itu telah mengundang kecaman dari netizen yang rata-rata mengatakan bahawa ianya menyentuh sensitiviti dan seolah-olah tidak menghormati habitat haiwan itu yang semakin diancam kepupusan di negara kita.
Boleh dikatakan hampir semua tweets pasal ni yang lalu kat timeline min semalam, memang ramai menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing…
Banyak benda boleh belajar dari menteri2 yg bijak pandai:
1) di Malaysia, kalau orang utan jumpa manusia, orang utan bunuh manusia dulu ?
2) di Malaysia ada singa ?
Selamba aaah cikgu aku dulu tipu kat sekolah, tak ajar benda2 ni ? pic.twitter.com/saU8zc6YhN
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) January 19, 2022
Ada pihak tak bertanggungjawab edit video…
Walau bagaimanapun, menurut Sinar Harian, difahamkan bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyunting video tersebut sehingga menyebabkan konteks asalnya lari dari maksud sebenar.
“Isu berkaitan dengan Orang Utan dibangkitkan dalam ucapan beliau adalah sebagai tujuan untuk mendapatkan perhatian dari agensi berkaitan agar mengkaji dengan lebih mendalam tentang habitat dan tabiat hidup spesis itu”
Pihak dari Zuraida memaklumkan bahawa ucapan tersebut telah dibuat dalam satu majlis tertutup anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia. Difahamkan juga, Zuraida ketika itu menceritakan pengalamannya ketika membuat lawatan ke Arab Saudi baru-baru ini.
Ujar mereka lagi, tindakan tidak profesional itu telah menyekat usaha menteri tersebut untuk mempromosikan minyak sawit serta meminta jasa baik orang ramai agar tidak terus menghukum dari video yang telah tular itu.
Mungkin bahagian yang viral tu membuatkan ramai terkejut, sebab tu kecoh semalam… Min harap lepasni kita sama-sama menjaga biodiversiti yang ada di negara kita yaa…
Baca: Menteri Dikecam Netizen Gara-gara Keluarkan Kenyataan Tidak Sensitif Pasal Orang Utan di Malaysia