in

Viral Gambar Bina Pagar Hingga Halang Laluan Pejalan Kaki, Pemilik Kedai Tampil Beri Penjelasan

Pagar Laluan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai foto sebuah kedai yang memasang pagar di hadapan kedainya.

Gambar tersebut mengundang kritikan netizen kerana pagar itu dipasang di laluan pejalan kaki lima yang dilihat menyusahkan pejalan kaki terutama sekali kepada orang kurang upaya.


Susulan gambar tersebut mendapat perhatian orang ramai, pemilik kedai telah tampil menjawab tohmahan netizen dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Fotojet 2023 01 30T112624.862 1

Pemilik kedai terbabit berasa berang dengan segelintir netizen yang mengecam tindakannya memasang pagar di kawasan tersebut tanpa usul periksa.

Dia mendakwa keselamatan diri dan harta benda terancam akibat individu tidak bertanggungjawab menaiki motosikal di depan kedainya sehingga mahu terlanggar pintu kedai dan juga pelanggannya.

Bukan itu sahaja, di hadapan kedainya juga menjadi port segelintir penunggang meletakkan motosikal mereka sehingga menyusahkannya.

Dalam pada itu, dia memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap mereka yang komen secara berlebihan mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, pemilik kedai telah memadam hantaran yang ditulis dan rakaman CCTV yang dikongsikan berkaitan situasi itu juga telah dipadam.

Namun, ada juga yang mengatakan tindakan pemilik kedai terbabit tidak salah kerana pemilik telah pun meminta kebenaran dengan pihak berkuasa.

Situasi ini telah menimbulkan persoalan sama ada tindakan pemilik premis membuat sebarang binaan di kaki lima menjadi kesalahan atau tidak.

Baca: “Mentaliti pentingkan diri sendiri” – Penghuni Flat Wangsa Maju Pasang Pagar Depan Rumah Cetus Perbalahan Netizen

Ft Rumah Flat Pasang Pagar Depan Rumah

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.