in

Viral Foto Kabinet Perpaduan 2022, Anwar Jadi PM & 3 TPM Termasuk Zahid!

ft kabinet perpaduan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesemua parti dan calon ahli parlimen kini hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk meraih perhatian dan keyakinan mereka dapatkan undi. Bermacam-macam spekulasi timbul di media sosial sepanjang musim berkempen ini.

Hari ini, timbul pula satu spekulasi selepas tularnya gambar ‘Kabinet Perpaduan Malaysia 2022’ yang memperlihatkan satu pembentukan kerajaan baru dimana ianya hasil gabungan antara beberapa parti lain, antaranya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).


Dalam foto carta kabinet tersebut, Presiden PKR Datuk Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan 3 jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Screenshot 2022 11 16 161109

Kelihatan juga terdapat 27 nama pemimpin PH dan BN yang turut disenaraikan sebagai menteri dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di antara kedua-dua gabungan tersebut.

Turut tertulis pada gambar itu, ‘Kabinet Bayangan Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022 – 2027’.  Foto itu tular kerana dikatakan tiada gabungan parti yang mampu memenangi majoriti mudah bagi membantu kerajaan nanti.

Ada juga khabar angin mengatakan pemimpin-pemimpin politik sendiri yang mendakwa wujud perbincangan dan percaturan di belakang tabir antara tiga gabungan besar iaitu PH, BN dan Perikatan Nasional (PN).

Namun begitu, ia terang-terangan bahawa gambar berkenaan adalah palsu kerana kesemua pemimpin daripada berlainan parti telah menyatakan pendirian masing-masing, lapor Awani.

Malah, sebarang kerjasama membentuk kerajaan campuran antara mereka dilihat mustahil sebelum keputusan PRU15 diperoleh Sabtu ini.

Baca : [TERKINI] Ini Senarai Penuh Kabinet Yang Diumum PM, Angkat Sumpah Isnin Ini

kabinet umum ismail sabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.