Satu video yang memperlihatkan seorang lelaki dipukul oleh seorang individu telah menjadi tumpuan warganet yang mana netizen memihak kepada pelaku kerana ‘mangsa’ yang dipercayai pemandu van sekolah telah melakukan gangguan seksual terhadap anak si pemukul.
Orang pertama masuk van pukul 6.20 pagi, mula cuit-cuit
Menerusi perkongsian Tuan Amir Danau, dia menerima aduan daripada isterinya berkenaan dengan kelakuan aneh anak perempuannya dimana dia tiba-tiba tak mahu ke sekolah menaiki van sekolah.
Walaubagaimanapun, pada mulanya dia enggan menceritakan apa yang terjadi, namun setelah mengetahuinya, Tuan Amir sebagai ayah pastinya rasa menyirap apabila mendengar bahawa anaknya itu kena cubit-cubit pipi, pegang, gosok dan ramas-ramas tangan oleh pemandu van itu.
Katanya, tindakan itu berani dibuat kerana anak perempuannya merupakan penumpang pertama menaiki van tersebut kira-kira jam 6.20 pagi. Disebabkan itu, berlakukan insiden dalam video tersebut.
Akui perbuatannya itu salah, tetapi ia dibuat demi mempertahankan anaknya dan menegaskan bahawa pentingnya pendedahan mengenai seksual kepada anak-anak.
Boleh rujuk video kejadian di sini
Dah kena tahan
Terkini, sumber melaporkan bahawa si pelaku itu telah ditahan semalam. Menurut Astro Awani, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof, pemandu yang berusia 41 tahun itu telah ditahan sekitar jam 2 petang.
Katanya dalam satu kenyataan polis menerima laporan daripada ibu mangsa.. Tambah beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Baca : Lelaki Guna ‘Buah Silat’ Belasah Pemandu Van Sehingga Terbaring Di Atas Jalan