Siapa yang tidak tahu tentang Planet Of The Apes? Cerita yang mengisahkan manusia dan golongan monyet cerdik bertarung untuk menguasai dunia!
Terbaru, perkara yang hampir sama seperti cerita sains fiksyen itu berlaku di negara gajah putih, Thailand apabila wilayah Lopburi diserang hampir 6000 ekor monyet. Wow! banyak nya…
Haiwan ini bukan sahaja bermaharajalela di jalan sekitar kuil Prang Sam Yod di tengah bandar, malah mereka sudah mula bertindak agresif dengan mencuri di rumah dan kedai-kedai berhampiran.
Dilaporkan semua ini berlaku kerana monyet-monyet ini berdepan kekurangan makanan susulan ketiadaan pelancong akibat Covid-19, yang biasanya akan memberikan habuan pisang kepada mereka.
Kedai-kedai berhampiran yang diganggu oleh haiwan ini juga kini terpaksa menggunakan ‘trick’ patung harimau dan juga buaya bagi menakutkan monyet ini.
Namun kaedah kurang berhasil untuk menghalang mereka yang begitu agresif mencari makanan sehingga ada pekedai yang terpaksa memasang pagar.
Difahamkan kerajaan Thailand ketika ini sedang giat menjalankan proses strerilisasi dan mengasi monyet-monyet ini didalam sebagai mengawal mereka dari terus membiak dan membuat kacau.
Baca: Monyet Serang Pekerja Makmal Dan Bawa Lari Sampel Ujian Covid-19