in

[VIDEO] Wanita Trauma Jaga Kedai Lepas Didatangi Lelaki Creepy Berlakon Jadi Suami

Ft Lelaki Creepy Kacau Kedai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita manalah yang tak trauma bila tengah sibuk-sibuk kerja tiba-tiba ada orang yang tak dikenali membuat kelakuan pelik sehingga mengancam keselamatan mereka.

Melihat peristiwa yang terjadi kepada @mannamelynna93 ini pun boleh buatkan kita dah rasa cuak, apatah lagi tuan empunya badan yang alami sendiri.


 

Customer aneh

Dalam video perkongsiannya di TikTok, dilihat ada seorang lelaki datang ke kedai yang dia jaga, lelaki tersebut berkelakuan aneh, datang berdiri tegak dan pandang ke arahnya semacam. Sebagai wanita, Manna dan adiknya mula rasa takut.

Lelaki tersebut kemudiannya duduk di atas sofa sambil terus merenungnya. Lebih menggerunkan lagi, lelaki tersebut tanya mengenai anaknya, jiwa Manna bertambah gusar, bimbang jika lelaki pelik itu masuk kaunter dan cuba sentuh bayinya.

Berbeza dengan tindakan adiknya yang tegas untuk selindung rasa takut, Manna menggunakan kaedah psikologi dengan cara ‘melayan’ situasinya walaupun begitu takut.

“Dah aku terpaksa kena ber abang-abang sayang-sayang pula, entah apa dia cakap aku pun tak tahu, aku ya kan je. Adik aku pula buat dia marah balik dah tak jadi dia nak keluar.”

@mannamelynna93

#trauma #creepy 😫

♬ original sound – 🎀MANNAMELYNNA🎀 – 🎀MANNA🎀

 

“Abang pergi kerja eh, nanti boleh bagi duit kat sayang banyak-banyak.”

Dalam video bahagian kedua, Manna masih menggunakan pendekatan yang sama untuk memujuk lelaki tersebut keluar dengan cara halus iaitu menyamar jadi isterinya.

Dalam video ini dilihat lelaki tersebut keluar dan mereka terus hubungi polis. Pada waktu itu, mereka berdua mengatakan bahawa mereka sangat menggelabah, bak kata mereka, otak macam tak boleh berfungsi.

“Adik sempat capai hammer je, In case tak ada pilihan sangat, masalahnya kalau ada barang apa-apa pun, kita bukan tahu nak berlawan ke apa. Aku terpaksa psiko sebab aku fikir-fikir kalau aku ketuk dia dengan hammer, dia pegang hammer ketuk aku balik, apa tak dapat karang.

Kelakuan lelaki tersebut makin aneh, apabila lelaki itu ada di hadapan kedai dan mengelilingi kereta adik Manna serta merenung dari luar sebelum masuk balik. Walaubagaimanapun, mujurlah ada pelanggan masuk dan menghalau lelaki tersebut

@mannamelynna93

PART 2 @tira #trauma #creepy

♬ original sound – 🎀MANNAMELYNNA🎀 – 🎀MANNA🎀

Tunggu pelanggan balik, sembunyi dalam semak sebelum polis datang

Dalam rakaman ketika Manna menunjukkan rakaman CCTV, lelaki itu bersembunyi di dalam semak sambil mengintai, tunggu masa pelanggan tersebut keluar.

Namun begitu pihak polis akhirnya sampai dan lelaki itu berlalu pergi. Sesampainya polis di kedai mereka, dua beradik ini terus bertindak tutup kedai.

@mannamelynna93

@thyrahx #trauma #creepy

♬ original sound – 🎀MANNAMELYNNA🎀 – 🎀MANNA🎀

Menurut Manna, pekerja lelaki di kedainya itu pada hari tersebut tengah cuti, dan ia membuatkan Manna rasa trauma untuk jaga kedai lagi. Apapun, diharap lepas ni dapatlah ditambahkan lagi aspek keselamatan di kedai tersebut dan wanita diluar sana harap membuat sebarang persediaan rapi.

Baca : “Bukalah pintu, nak masuk…” – Pakcik ‘Creepy’ Intai, Ketuk Pintu Nak Ajak Pelajar Lelaki Tidur Sekali

Pakcik Kunyit Intai

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.