in

[VIDEO] Wanita Terkejut ‘Jumpa’ Lelaki Tak Dikenali Menyorok Dalam Almari Hotel

Pecah Masuk Hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari dulu lagi kita dah banyak kali diberi nasihat untuk periksa terlebih dahulu setiap penjuru bilik hotel sebelum menginap kerana bimbang ada individu yang berniat jahat. Walaupun sesetengah bilik hotel lengkap dengan ciri keselamatan, masih ada individu yang cuba cari jalan untuk menyelinap masuk.

Baru-baru ini, tular seorang wanita @dobidina.hq memuatnaik satu video di TikToknya memaparkan seorang lelaki misteri yang dipercayai menceroboh masuk ke dalam bilik hotel yang dipercayai terletak di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Takutnya!


@dobidina.hq

buka almari jumpa pakaian ❌ buka almari jumpa org ✅ #attanahotels #hotel #kelate #hotelperdanakb #siakapkeli #mstar #fypkelantan #xybzca #raya2022 #penceroboh #viral #fypシ #erafm

♬ original sound – DOBI DINA – DOBI DINA

Menerusi perkongsian video tersebut, jelas dapat dilihat yang dia dan keluarganya amat terkejut selepas mendapati lelaki berkenaan tengah menyorok dalam sebuah almari pakaian. Namun, apa yang membuatkan ramai tak puas hati bila lelaki tersebut sempat berlakon dalam keadaan tenang seolah-olah tak buat sebarang kesalahan.

Dalam penjelasan lain, lelaki tersebut dah diberkas pihak polis dan siasatan lanjut sedang dibuat. Menurut wanita ini, si pelaku dipercayai berjaya masuk ke bilik berkenaan menggunakan master card dan telah ditipu mengenai urusan langganan perempuan.

Komen

Hasil rakaman CCTV pula mendapati terdapat 3 orang lain yang terlibat, namun masih belum diberkas. Menurut Harian Metro, suspek berusia awal 20-an dan bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif barang terlarang jenis methampethamine. Selain itu, dia turut mempunyai 3 rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan yang sama.

Menjengah ke ruangan komen di TikTok wanita berkenaan, ramai netizen beri nasihat supaya amalkan tabiat untuk periksa bilik hotel dulu sebelum menginap.

“Lepasni kena beringat la check dulu hotel atau mana-mana tempat lain” – Komen netizen

Komen Creepy

Korang pernah tak alami benda ‘creepy’ macam ni? Hati-hati selalu tau!

Baca: [VIDEO] Wanita Trauma Jaga Kedai Lepas Didatangi Lelaki Creepy Berlakon Jadi Suami

Bawah

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.