Gangguan seksual adalah perkara yang harus dipandang serius kerana ia boleh dijatuhkan hukuman yang berat kepada pelaku dan boleh menyebabkan mangsa trauma.
Baru-baru ini sebuah video telah tular di TikTok mengenai seorang wanita yang berkongsi detik cemasnya apabila dia terkejut melihat sebuah tangan yang ligat merayap ke tempat duduknya ketika berada di dalam sebuah bas.
Menerusi video yang meraih sebanyak 1.8 juta jumlah tontonan itu, dapat dilihat sebuah tangan yang dipercayai adalah milik individu di belakang wanita berkenaan, seolah-olah meraba sambil meramas kusyen yang diduduki mangsa.
https://www.tiktok.com/@sha.aaz/video/7229209306812484869
“Lepasni orang perempuan kena hati hati naik bas kalau naik sorang-sorang! Jangan lalai sangat! Manusia macam-macam perangai sekarang!” tulisnya dalam video berkenaan.
Difahamkan, individu yang duduk di belakang mangsa adalah seorang lelaki dan disebabkan mangsa berasa cemas, dia telah merakam perbuatan individu tersebut untuk dijadikan bukti ketika dia mengadu kepada pemandu bas.
Bagaimanapun, wanita berkenaan itu tidak mahu mendedahkan maklumat terperinci mengenai lokasi ataupun tarikh insiden berkenaan berlaku.
Menurut mangsa, dia telah melaporkan tentang kelakuan suspek yang didakwa adalah seorang warga tempatan kepada pemandu bas.
https://www.tiktok.com/@sha.aaz/video/7229584632554065157
“Dah beritahu driver, dia marah lelaki tu. Dah kena amaran juga, kalau jadi lagi memang terus ke balai,” jelas mangsa.
“Lain kali standby lighter….” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perbuatan lelaki berkenaan yang dikatakan terlampau berani. Selain itu, ada juga warganet yang berkongsi cara-cara untuk mengatasi situasi tersebut menggunakan jarum peniti ataupun pemetik api.
Beraninya sampai macam tu sekali eh??
Baca : Budak Di Singapura Curi-curi Pandu Bas Lebih 100 Kilometer!