Kanak-kanak merupakan insan yang lemah, dan selaku orang dewasa, kita sepatutnya melindungi mereka serta cuba mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya. Tambah-tambah lagi seorang ibu yang sepatutnya menjaga dan melindungi anak dengan baik.
Terkini, tular video di Facebook yang memaparkan seorang wanita menengking dan memukul seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 tahun. Menurut Malaysian Digest, kanak-kanak itu berkemungkinan anak kepada wanita tersebut.
Kejadian itu telah berlaku di Taman Mahkota Emas, Kuantan dan video tersebut telah dirakam oleh penduduk yang menjadi saksi kepada insiden itu. Malangnya, tiada siapa antara saksi yang menolong anak berkenaan dan melalui rakaman tersebut, wanita itu dipercayai mengamuk kerana anaknya mengikutnya keluar daripada kereta.
Tadi aku dah kata jangan ikut! Mati kau, aku kerjakan!”
Selain memarahi dan menengking anaknya, wanita tersebut turut memukul dan menampar serta menghempas anaknya ke atas jalan. Dia juga turut melempar dan menolak anaknya masuk ke dalam kereta.
Kanak-kanak itu hanya mampu menangis kesakitan dan berada dalam ketakutan sehinggakan dia hanya berdiri kaku sebelum ibu menamparnya di pipi sebanyak 2 kali!
Setelah tular rakaman tersebut di Facebook, netizen memberikan komen dan hairan mengapa orang yang merakamkan video itu tidak membantu kanak-kanak tersebut. Bagaimanapun, ada individu yang berpendapat anak tersebut tidak didera dan barangkali dia telah berkelakuan degil yang menyebabkan ibunya bertindak seperti itu.
Individu itu juga tidak setuju dengan netizen lain yang mengecam ibu tersebut tanpa mengetahui hal yang sebenar memandangkan video itu tidak menunjukkan insiden berkenaan dari awal.
Harap video ini sampai ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Kesian kanak-kanak itu dipukul macam tu sekali. Walau sedegil manapun anak kecil, itu bukanlah cara yang betul untuk mendidik mereka.
Baca: Bapa Durjana Dera Anak Lelaki Berusia 5 Tahun Hingga Patah Peha Kiri