Satu video tular telah mengundang perhatian netizen di media sosial, ia berkenaan seorang wanita yang baru pulang dari tempat kerja dan mendapati kucingnya hilang.
Dia mendakwa ada ternampak jirannya yang merupakan seorang lelaki warga emas sedang ‘menjolok’ longkang. Musykil dengan kelakuan jirannya itu, dia segera memeriksa longkang tersebut.
Artikel berkaitan : Buat Jadi Busuk & Bersepah, ‘Owner’ Kedai Kesal Individu Beri Makan Kucing Depan Premis
Artikel berkaitan : 10 Bangkai Kucing Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang Jalankan Siasatan
Luluh hatinya apabila mendapati kucing yang hilang itu ada di dalam longkang tersebut. Kucing berkenaan dilihat berada dalam keadaan lemah longlai dan kotor. Dia segera mengeluarkan kucingnya itu dan meraung sedih serta berteriak kepada jirannya sambil menghamburkan sumpah seranah.
“Kau nak bun*h kucing aku ke? Ha?!! Kau bun*h kucing aku ke? Aku nampak kau jol*k-jol*k dalam longkang tu!”
Bagaimanapun, kucing tersebut masih hidup, cuma dilihat mengalami sedikit luka di bahagian muka.
Korang boleh tonton video tersebut disini.
Haih, kalau geram sangat, takkanlah sampai sakiti haiwan macam tu sekali, kesian tengok keadaan kucing tu.
Sumber : Instagram