in

[VIDEO] Wanita Kongsi Kisah Sedih Tak Dapat Kahwin Lepas Diri & Pasangan Disahkan Pembawa Talasemia

Page Talasemia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pasti akan menjalani beberapa ujian kesihatan untuk memastikan kedua-duanya sihat tubuh badan demi menjamin zuriat di masa akan datang.


Tambah pula sekarang dengan bermacam-macam jenis penyakit, pemeriksaan kesihatan boleh dikatakan sangat digalakkan. Namun, tak semua keputusan itu menyebelahi mereka.

Seperti satu video TikTok yang dikongsikan menerusi akaun @mdmdonut, yang mana dirinya terpaksa menanggung rasa kecewa dan juga sedih selepas mendapat tahu pasangannya juga merupakan pembawa penyakit talasemia.

https://www.tiktok.com/@mdmdonut/video/7050784509851143451?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8YTRJieCvQjNNknypYWywNASd3P7SixTL4ZCoqq%2BpPtgG%2B20GV5hMbgtj4TvhpoflUpZB%2BLCGEBQhDsB0GgA%3D&language=en&mid=7049694014299196186&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7050784509851143451&share_link_id=22819496-e5f9-472a-bf81-0c3fb2334736&source=h5_t&timestamp=1641819488&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Lebih menyedihkan, mereka berdua ternyata sudah bersepakat untuk mendirikan rumah tangga dan membuat keputusan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan demi kebaikan masing-masing.

Namun, lelaki itu terpaksa meminta untuk mereka memutuskan hubungan kerana kebersamaan mereka sebagai suami isteri akan mendatangkan mudarat kepada mereka.

Takut nak bagitahu, selalu bermain dalam fikiran…

Berikutan dengan kejadian itu, dirinya sendiri mengakui sudah lakukan ujian saringan talasemia namun takut untuk memberitahu pasangannya tentang kebenaran dirinya.

Wanita itu jelas menunjukkan rasa sedihnya dengan meminta agar orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan meminta supaya tanya tentang masalah kesihatan kerana ianya bukan satu perkara yang boleh dibuat main.

Tiktok 1 2

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati dengan keadaan wanita tersebut. Ramai juga yang menggalakkan untuk orang diluar sana supaya kerap melakukan ujian kesihatan walaupun belum mahu mendirikan rumah tangga.

Komen Full 1

Min harap semua boleh ambil kejadian ni sebagai iktibar. Love yourself tu lagi penting demi kebahagiaan diri sendiri untuk masa yang berpanjangan.. Untuk wanita dalam video, min doakan awak kuatkan semangat yaa…

Baca: Lepas 3 Tahun Bercinta, Pasangan Kekasih Terpaksa Putus Hubungan Kerana Kedua-duanya Pembawa Talasemia

Untitled 1 6

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.