in

[VIDEO] Wanita Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan

Setahun Duduk Klia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini sedang tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita yang sudah tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama setahun.

Dalam video yang dikongsikan Mingguan Wanita, dapat dilihat individu berkenaan marah-marah sebelum ditenangkan oleh beberapa individu di lapangan terbang.


Selain itu, wanita berkenaan juga dilihat ‘menjajah’ salah satu barisan tempat duduk di lapangan terbang, dengan barang-barang miliknya diletakkan di atas kerusi dan sekeliling kawasan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita)

Artikel berkaitan: Cuba Lari Ke Negara Asal, Lelaki Bangladesh Ditahan Di KLIA Didakwa R*gol Remaja 16 Tahun

Artikel berkaitan: KLIA Kecoh! Individu Buat Ancaman Palsu Ditahan Polis, Beg Disangka Mengandungi Bahan Let*pan

Video itu juga mendakwa wanita tersebut sudah setahun tinggal di KLIA dan telah menggunakan jaringan wifi, kemudahan air dan pendingin hawa di lapangan terbang itu secara percuma.

Ramai juga yang di kalangan netizen yang tertanya-tanya bagaimana wanita itu makan dan minum di lapangan terbang itu.

Dalam satu video lain yang tular, ada juga netizen mendakwa mereka telah dimarahi wanita itu apabila menegur tindakannya tidur di kerusi kawasan lapangan terbang berkenaan.

Shut up (diam),” kata wanita warga asing itu.

“Dia beli makanan macam mana?” 

Rata-rata netizen memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita itu termasuklah menghantarnya pulang ke negara asal jika individu tersebut bukan warganegara Malaysia.

Menurut netizen, keberadaan wanita itu akan mencemarkan imej KLIA dan ia juga tidak adil apabila individu itu menggunakan kemudahan di lapangan terbang secara percuma dalam tempoh yang lama.

Free

Dalam pada itu, pihak kami telah menghubungi AKPS untuk mendapatkan kenyataan lanjut berkenaan isu ini, namun setakat artikel ditulis masih belum ada respon dari pihak berwajib berhubung perkara tersebut.

Sumber: Malay Mail, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.