Bila tibanya Syawal, rutin menziarahi kubur insan tersayang sudah semestinya menjadi salah satu perkara wajib akan dilakukan untuk sama-sama meraikan hari yang mulia.
Apatah lagi, kalau insan yang telah pergi menghadap Ilahi merupakan kedua ibu bapa kita, perasaan sedih dan rindu takkan dapat disembunyikan malah ada yang akan menitiskan air mata di pagi Syawal.
Seperti satu perkongsian yang tular di TikTok menerusi akaun @qasyrious ini, aksi anak perempuannya yang menangis di kubur ibu kandungnya telah meruntun hati ramai pengguna media sosial.
@qasyrious Sumayyah rindu umi..??..#airmatasyawal
“Lemah bila tengok part mcm ni…”
Difahamkan ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser dan walaupun tiga tahun telah berlalu, tangisan teresak-esak tanda rindu sambil menyebut panggilan ‘Ummi’ menambahkan lagi rasa sedih di kalangan netizen.
“Allah sedihnyaaaa ?? rindu belaian ibu, pelukan ibu & sgalanya tentang ibu??” – Komen netizen
Walau bagaimanapun, anak perempuan yang dikenali sebagai Sumayyah ini telah mempunyai ibu tiri selepas bapanya membuat keputusan untuk berkahwin demi memberikan kasih sayang yang cukup kepada Sumayyah.
@qasyrious
Di bahagian komen video ini pula, rata-rata mendoakan agar Sumayyah dapat dibesarkan dengan baik bersama ayah kandung dan juga ibu tirinya. Tak kurang juga yang berterima kasih kerana sudi menjadi ibu kepada Sumayyah.
Sebak betul min tengok video ni… Semoga Sumayyah membesar dengan baik ya!