China dah beberapa kali terkenal dengan tindakan ekstrem dorang hanya untuk membendung Covid-19 dari terus merebak.
Baru-baru ini, beberapa bandar yang terletak di persisiran pantai di China dikatakan telah pun mula membuat ujian PCR Covid-19 terhadap hidupan laut sebagai usaha untuk membendung penyebaran Covid-19.
Memetik laporan dari SCMP, bandar pelancongan terkenal Xiamen dikatakan telah mengeluarkan arahan untuk membuat ujian PCR kepada nelayan dan tangkapan mereka selepas pulang dari laut.
Videos of pandemic medical workers giving live seafood PCR tests have gone viral on Chinese social media. pic.twitter.com/f185d056Xs
— South China Morning Post (@SCMPNews) August 18, 2022
Kami buat ujian ke atas manusia dan tangkapan mereka pada masa yang sama. Bukan kita je yang buat macam ni. Kami ambil pengajaran dari Hainan yang kini sedang berdepan dengan wabak yang serius.”
Malah media di Hainan melaporkan, pegawai perubatan tu Danzhou telah membuat ujian calit kepada ikan-ikan di atas bot nelayan ketika seluruh bandar itu diarah untuk lockdown selepas beberapa jangkitan baru mula dikesan.
Video menunjukkan pegawai perubatan mengambil sampel dari hidupan laut ini telah tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai kritikan.
Dalam video tersebut dapat dilihat pegawai kesihatan memakai hazmat suit dan sarung tangan sambil memasukkan putik kapas ke dalam mulut ikan dan cengkerang ketam dan udang.
Operasi yang sama turut dijalankan di pasar menjual makanan laut pada penghujung Mac lalu ketika wabak ini tersebar dengan meluas di sana.
Selain dari hidupan laut, ujian PCR dikatakan turut dijalankan ke atas haiwan lain termasuk ayam dan kucing sejak beberapa tahun lepas.
Banyak betul duit dorang bazir test macam ni eh?
Baca: “Asal ada duit” – Orang Kaya China Didakwa Upah ‘Pelanduk Dua Serupa’ Ganti Masuk Penjara?