Bila sebut sahaja nama Shah Rukh Khan dan Kajol, siapa sahaja antara korang yang tidak kenal dengan nama ‘besar’ ini bukan? Gandingan mantap lakonan kedua-duanya sering sahaja dipaparkan melalui televisyen sehingga asyik diulang tayang sehingga korang pun dah hafal skrip dialog dan lagu-lagu tarian yang dinyanyikan.
Antara filem lakonan mereka berdua yang popular di Malaysia termasuklah Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhie Gham dan Dilwale.
Jadi tidak hairan sekiranya ada antara korang yang menjadikan mereka berdua sebagai idola disebabkan rupa paras kedua-duanya yang kacak dan cantik ditambah pula dengan bakat lakonan yang sering memberi kesan yang mendalam sehingga mampu membuat korang mengalirkan air mata.
Makeup seiras wajah SRK & Kajol
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah klip video di mana seorang gadis dari Indonesia ini telah memuat naik tutorial makeup yang meniru wajah Shah Rukh Khan dan Kajol melalui akaun TikToknya @nhasevianderson_ sehingga berjaya meraih perhatian netizen yang kagum dengan bakatnya itu.
Video tutorial makeup muka ‘seiras’ wajah SRK dan Kajol itu ternyata menjadi apabila wajahnya kelihatan mirip seperti kedua-dua pelakon Bollywood itu.
‘Ubah suai’ bahagian hidung & kening
Dalam video tersebut, gadis itu kelihatan ‘mengubah suai’ beberapa bahagian utama mukanya seperti bahagian hidung dan kening supaya nampak lebih real sama seperti wajah SRK dan Kajol.
@nhasevianderson_ coba buat transformation raja nya bollywood, mohon jangan buat kritikan yg menjatuhkan ya guys 😊😊 || IG: @Nhasevianderson_ #fyp #xyzbca #foryoupage
@nhasevianderson_ punten2 kalau gak mirip 😁😁 Ig: @Nhasevianderson_ #YOUthfulSkinCheck #foryoupage #fyp #xyzbca #kajol
Wow, mesti hebat SFX makeup jugak ni.
Video tersebut tular sehingga berjaya meraih lebih daripada 1.5 juta tontonan! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan bakat terpendam gadis itu.
Bukan setakat itu, malah ada juga yang turut memuji gadis itu sebagai seorang yang sangat artistik dan semestinya turut berbakat dalam bidang lukisan.
“Mesti pandai lukis potret” – Netizen
Makeup bukan setakat nak cantik je ye, boleh juga dijadikan sebagai kanvas lukisan untuk bereksperimen seni.
Baca: “Weh sumpah aku tak pernah tau” – Adik Ni Ajar ‘Lifehack’ Baru Cara Nak Buang Makeup Dekat Muka