in

[Video] Viral 3 Lelaki Bergaduh Dalam Kelab Malam di Johor, Rupanya Berebut ‘Awek’

Ft Gaduh Final

Tular baru-baru ini rakaman video pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kelab malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada malam Isnin, 4 Januari yang lalu.

Berpunca sebab teman wanita dikacau

Pergaduhan itu berlaku pada 11.45 malam, pada 4 Januari lalu yang berpunca daripada salah seorang teman wanita pengunjung diganggu.

Berebut awek rupanya. 

Ini menyebabkan berlakunya pertengkaran antara mereka dan seterusnya menyebabkan kekecohan apabila pengunjung lain turut mengambil kesempatan sehingga terjadi pergaduhan sesama mereka. 

Gaduh 1

Gaduh 2

Susulan daripada rakaman yang tersebar di media sosial itu menyebabkan polis telah bertindak untuk menahan 3 orang lelaki tempatan yang terlibat dalam pergaduhan tersebut. 

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, 3 lelaki berkenaan yang berusia antara 21 hingga 28 tahun telah ditahan di Skudai, Johor pada pukul 7 petang semalam, 6 Januari 2021.

Menurutnya, usaha untuk mengesan saki baki mereka yang terlibat sedang giat dilakukan. Polis sebelum ini ada menerima rakaman video tersebut yang memperlihatkan berlakunya pergaduhan secara ‘berjemaah’ di dalam kelab malam serta kaki lima kedai berhampiran pada hari Selasa lepas.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan sekiranya terdapat elemen kongsi gelap terlibat dalam kejadian tersebut.

 

Kelab malam tiada lesen, langgar pula SOP

Polis telah melakukan serbuan di kelab malam berkenaan pada pukul 10 malam Selasa lepas dan merampas peralatan muzik. Pemilik premis berkenaan juga telah diambil tindakan di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor 4/98 gara-gara beroperasi tanpa lesen hiburan.

Ini termasuk melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/246550613509700

Bukan pertama kali diserbu, dah 4 kali!

Apa yang lebih mengejutkan, ini bukan pertama kali kelab malam berkenaan telah diserbu. Sebelum ini, premis tersebut pernah diserbu dan diambil tindakan yang sama sebanyak 4 kali di bawah enakmen hiburan.

Pihak polis menasihatkan mana-mana pusat hiburan supaya mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa dan tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar.

Klip video yang berdurasi selama beberapa saat ini juga meraih pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang masih berhibur di kelab malam tanpa memikirkan angka kes Covid-19 yang semakin melonjak naik.

Baca: “PM please we can’t breathe!’ – Pengusaha Kelab & Bar Di JB Bentang Banner Depan Premis Merayu Dibuka Balik 

Baca Kelab