Sejak kebelakangan ini, banyak isu terjadi yang melibatkan golongan selebriti dan orang kenamaan yang tidak patuh pada SOP lagi-lagi ketika musim perayaan Aidilfitri yang lalu. Isu ini jadi sensitif bila dikaitkan dengan jumlah kes Covid-19 di Malaysia yang semakin hari semakin membimbangkan. Mana taknya, kes sudah cecah 7 ribu tau sehari.
Ramai netizen yang tuduh selebriti dan golongan ‘kayangan’ ini punca kes makin merebak.
Bukan semua berpunca dari selebriti
Terbaru, pengacara terkenal iaitu Uyaina Arsyad memuat naik satu video di Instagram semalam yang menunjukkan dia sedang mempersembahkan nukilan karyanya bertajuk ‘PKP LAGI DAN LAGI’.
Dalam video yang mengutip lebih 1 juta tontonan, Uyaina menyatakan golongan selebriti sering dikatkan dengan sikap tidak patuh SOP. Sebenarnya, ramai juga masyarakat di luar sana yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara yang tidak mematuhi SOP juga.
“Tapi rakyat Malaysia yang lain semuanya berintegriti? Tiada yang rentas daerah curi-curi?”
Uyaina turut mengingatkan tentang situasi Covid-19 di negara ini yang semakin merisaukan.
“Tiada lagi zon hijau di Semenanjung, katil di MAEPS dah tak cukup sekarang.”
Berhenti tuding jari dan patuh SOP
Uyaina juga berharap rakyat jangan terus menuding jari kepada golongan selebriti dan golongan ‘kayangan’ atas punca wabak ini merebak dengan pantas.
“Satu jari kita tuding pada seseorang, tiga kembali tunjuk kepada diri sendiri.”
Dia juga berpesan pada dirisendiri dan semua rakyat Malaysia tidak kira golongan apa sekali pun untuk terus patuh pada SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rangkaian Covid-19 di negara ini.
Rakan artis dan peminat beri sokongan
Di ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat dilihat bersetuju dengan pendapat serta luahan yang diluahkan melalui nukilan pengacara terkenal itu.
Sekarang ni dah takde masa nak main tuduh-tuduh. Kita semua kena saling bekerjasama untuk pulihkan kembali tahap kesihatan negara kita ini.
Sumber: uyainaarshad
Baca:”Kepada selebriti, cukup-cukuplah menunjuk, riak. Tak perlu sakitkan hati orang lain”- Nabila Huda