in

[VIDEO] Tular Video ‘Take Over’ Pentas Bunkface, Ramai Terpegun Tengok Nyanyian Pemuda Ini

ft take over stage bunkface

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini sebuah video telah tular selepas meraih 1.5 juta jumlah tontonan serta mendapat hampir 200,000 likes dalam masa satu hari ia dimuat naik ke TikTok.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ketika persembahan band Bunkface di Festival Aku, Muzik & Kamu (AMK) itu, seorang peminat bertuah telah dipilih untuk naik ke pentas bersama-sama vokalis band tersebut, Sam untuk menyanyikan lagu berjudul Panik.


@syamirultakeover

pegi AMK vibing❌ pegi AMK take over stage✅ ??? #fyp #foryoupage #johorbahru #festivalakumuzikkamu2023 #coactionmagic #bunkface #panik

♬ original sound – syamirulforsept – syamirulforsept

Menurut pemuda yang dikenali sebagai Syamirul itu, dia tidak menyangka Bunkface memanggilnya naik ke pentas, dalam masa yang sama dia berasa gementar apabila diminta menyanyikan lagu berkenaan.

“Bunkface memang biasa panggil peminat untuk sambung nyanyi lagu mereka. Tapi saya tak jangka mereka nak menyanyi lagu Panik. Saya memang tak pernah nampak lagi Sam panggil peminat untuk nyanyi lagu itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia tidak pernah menyangka tindakannya take over pentas persembahan itu akan menjadi viral dan menerima pujian ramai di media sosial.

Screenshot 25

Syamirul turut meluahkan rasa terharu apabila dia menerima banyak komen positif yang memuji persembahannya pada malam itu.

“Esoknya saya terima banyak DM dan komen dari netizen dan video saya juga sudah banyak mendapat tontonan. Ada satu komen ni, dia cakap mulanya ingat saya acah-acah poyo tapi lepas saya menyanyi mereka mula terkejut dan tak percaya,” ujarnya.

Difahamkan ini bukan kali pertama Syamirul dipanggil ke atas pentas sewaktu persembahan Bunkface, namun dia memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penyanyi dan apa yang dilakukannya itu hanyalah sekadar suka-suka.

“Saya tidak pernah bercita-cita nak jadi penyanyi. Cuma kalau karaoke tu biasalah. Tak pun, saya menyanyi dekat kenduri kahwin,” jelas Syamirul.

“Sam Bunkface dah boleh bersara dah tu” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan suara yang dimilik Syamirul serta tenaga yang ditunjukkan telah membuatkan penonton enjoy ketika persembahan itu.

Screenshot 27

Screenshot 26

 

Apapun, suara abang ni memang power!

Sumber : mStar

Baca : Bekas Isteri Tak Setuju Kurangkan Nafkah Anak, Sam Bunkface Mahukan Keadilan

ft sam bunkface mahukan keadilan 728x383 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.