in

[VIDEO] Tuan Rumah Tak Sangka Penyewa Pengotor, Dinding Teruk & Habuk Kipas Tebal!

ft rumah kipas berhabuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lepas, telah tular sebuah video di TikTok menegenai seorang tuan rumah yang mendedahkan keadaan teruk rumah sewanya selepas ditinggalkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Menurut ahli keluarga tuan rumah, banyak kerosakan yang berlaku selain aspek kebersihan yang tidak dititikberatkan.


“Bawa motor dalam rumah sampai tiles pecah-pecah. Setiap inci dinding penuh paku yang diketuk. Jelaga tebal boleh buat jalan tar.”

Apa yang menarik perhatian warganet ialah apabila tuan rumah tersebut menunjukkan bilah kipas yang dipenuhi habuk tebal yang telah ditinggalkan oleh penghuni sebelumnya.

Tanpa mendedahkan lokasi rumah yang disewakan dan latar belakang bekas penyewa, wanita tersebut bagaimanapun kesal dengan apa yang berlaku.

Screenshot 2023 01 12 154207

Walaupun tidak dinyatakan tempoh menyewa, berdasarkan ketebalan habuk pada kipas siling mungkin bekas penyewa itu telah menghuni rumah tersebut bertahun-tahun lamanya.

Tuan rumah tersebut turut menyatakan selain kerosakan, kekotoran dan habuk tebal, penyewa terdahulu juga ‘meninggalkan’ tunggakan bil elektrik berjumlah lebih RM300.

“Sewa dengan famili. Ada anak kecil juga tu. Saya pun tak dapat bayangkan macam mana mereka duduk,” katanya.

“Tandas tak tahu la macam mana pulak” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli melihat keadaan rumah yang telah ditinggalkan oleh penyewa tersebut.

Screenshot 2023 01 12 154510

Habuk tebal macam ni, kalau bersin ni confirm tak stop stop..

Baca : “Penyewa dari neraka” – LZS Kesal Penyewa Asnaf Tinggalkan Rumah Sewa Rosak & Kotor

rumah sewa asnaf rosak sampah 758x399 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.