in

[Video] “Tolong! Tangan aku dah tak kuat” – Wanita Jerit Minta Tolong, Tak Jadi Terjun Bunuh Diri

Ft Gantung Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, sering kali kita dengar bukan kes-kes orang bunuh diri gara-gara tak sanggup lagi nak menghadap masalah hidup?

Setiap hari, ada sahaja kes-kes orang yang cuba terjun bangunan, terjun sungai, minum racun dan sebagainya disebabkan tekanan jiwa yang dialami.


Namun, ketika diri dilanda masalah hidup, mengambil jalan singkat dengan membunuh diri semata-mata untuk lari daripada masalah tersebut bukanlah satu pilihan yang baik.

 

‘Peluang’ kedua terus hidup, batal niat terjun jambatan

Seperti kejadian yang berlaku di Indonesia baru-baru ini, wanita ini diberi ‘peluang’ kedua untuk meneruskan kehidupan apabila dia membatalkan hasratnya pada saat-saat akhir untuk membunuh diri.

Melalui rakaman klip video yang tular di Facebook, seorang wanita ini dikatakan hendak membunuh diri dengan cuba melompat daripada sebuah jambatan.

Wanita Gantung

 

Tergantung tepi jambatan

Walau bagaimanapun, dia telah membatalkan niatnya itu yang menyebabkan dia tergantung di sisi jambatan itu sambil menjerit meminta tolong untuk diselamatkan oleh orang awam yang turut berada di tempat kejadian.

Terdengar juga suara salah seorang daripada orang awam itu yang menasihati wanita berkenaan supaya jangan lompat dan terus berpegang kuat pada sisi jambatan tersebut.

Jangan lompat Puan! Jangan lompat. Pegang! 

 

Jerit minta tolong, tak larat berpaut

Feat Gantung

Wanita itu turut menjerit memberitahu orang awam yang melintas supaya segera menariknya ke atas gara-gara tangannya sudah kehabisan tenaga untuk terus berpaut pada jambatan berkenaan.

Tolong! Tangan aku dah tak kuat, cepat tolong!

Beberapa orang awam yang tersedar bahawa wanita itu tidak lagi berniat untuk membunuh diri terus sahaja bergegas untuk membantu menarik tubuhnya ke atas jambatan.

Gantung 1

https://www.facebook.com/100057701148466/videos/116134866986551/

 

“Ingin akhiri hidup, tapi takut mati” 

Klip video yang tular ini pertama kali dimuat naik di Facebook oleh @Yuni Rusmini berserta caption “Mahu terjun sendiri, tapi teriak minta tolong diselamatkan. Disitulah terkadang orang kalau bingung, ingin mengakhiri hidup tapi masih takut mati”.

Yang mana alami masalah tekanan tu, masih belum terlambat untuk minta bantuan dari pakar kaunseling. Nyawa tiada galang ganti. 

Baca: 465 Orang Cuba Bunuh Diri Sepanjang Januari Hingga Jun Tahun Ini – Menteri Kesihatan

Baca Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.