Setiap apa yang dilakukan oleh penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anaknya, Siti Aafiyah ini pasti akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia.
Terbaru, gelagat mereka berdua ini buatkan netizen cair apabila dua beranak ini payung lagu Boneka.
Mungkin sebab lagu ini sedang menjadi topik perbualan pasal siapa yang akan gantikan tempat Ernie masa AJL kot.
Ahhh my heart – Ernie Zakri
Video screen record itu, ditayangkan semula di Twitter sampai tuan empunya lagu, Ernie Zakri sendiri yang terpanggil untuk melihatnya.
Ahhhh my heart ❤❤❤❤????? https://t.co/WZYiNPJXqh
— Ernie (@ErnieZakri) January 26, 2022
Dalam pada itu, selain kecomelan mereka, ramai terpegun bila dengar suara merdu TokTi menyanyikan lagu itu
Hurm, kalau nak kata siapa pengganti Ernie ni, sah-sah TokTi ni memang layak, tapi TokTi kan dah tak nak masuk AJL.
Baca : TokTi Tunjuk Sisi Sebenar Dalam ‘Siti: Are You Ready?’ Mula Tayang Pada 30 Disember Ni!