in

[VIDEO] Tok Ti Bina Sekolah Afwa Al Aafiyah Di Gaza Untuk Anak-anak Palestin

Ft Tokri Bina Sekolah Di Gaza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan bahawa seluruh dunia mengambil cakna berkenaan dengan isu yang melanda saudara se-Islam kita di Palestin kini.

Segala berita, info, doa dan juga bantuan telah dipanjangkan oleh orang-orang kita, pastinya penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menghulurkan bantuan buat mereka, apa yang lebih mengejutkan lagi, bantuan yang diberikan itu sangatlah besar.


Artikel Berkaitan : Tak Dapat Sertai Secara Nyata, Remaja Bawah Umur Buat Solidariti Untuk Palestin Dekat Roblox

Artikel Berkaitan : Jemput TokTi Naik Pentas, Faizal Tahir Dedah Suara Misteri Disebalik Lagu ‘Karma’

Malam tadi, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ada membuat persembahan di Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata.

Antara lagu-lagu yang dialunkan antaranya ialah lagu yang diterbitkan pada tahun 2003, khusus mengenai kekejaman Israel iaitu Oda Bumi Anbia.

Bahkan, beliau juga turut menyanyikan lagu daripada Afgan, Pada-Mu Ku Bersujud. Sejurus selepas mendendangkan lagu tersebut, TokTi menggesa rakyat Malaysia untuk terus berjuang dengan berdoa dan menghulurkan bantuan kepada mereka di Palestin.

Dalam pada itu, Tok Ti juga telah menyatakan bahawa beliau sendiri ada membina sebuah sekolah di Gaza yang dinamakan Sekolah Afwa Al-Aafiyah menerusi Yayasan Nurjiwa.

Melihatkan suasana sekolah tersebut, kira-kira terdapat 50 orang anak Palestin ditempatkan di sana. Tok Ti juga pada masa yang sama berharap agar sekolah itu tidak dibom oleh zionis.

Korang boleh tengok video di bawah untuk melihat suasana sekolah tersebut.

Usaha tersebut sudah semestinya dipuji oleh rakyat Malaysia, malah ramai yang juga turut sebak mendengar nyanyian beliau dan mendalami lirik lagu Oda Bumi Anbia itu.

Screenshot 2023 10 25 173613 Screenshot 2023 10 25 173637 Screenshot 2023 10 25 173721 Screenshot 2023 10 25 173922

Salute Tok Ti! Harap sekolah tu dalam keadaan selamat.

Sumber :

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.