Rata-rata netizen mengetahui mengenai isu kontroversi baru-baru ini yang melibatkan sebuah syarikat pereka fesyen yang berasal dari Perancis, iaitu Balenciaga.
Menurut beberapa portal, dikatakan syarikat berkenaan telah melancarkan sebuah kempen pada November tahun ini yang seolah-olah mempromosikan BDSM dan pedofilia yang dianggap tidak sesuai serta menggangu.
Walaupun syarikat berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka namun, masih ramai pengguna yang memilih untuk memboikot jenama tersebut sehingga hari ini.
@zaffy_indahouse Because f$&k you Balenciaga. #balenciaga #refund
Telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang pemuda yang bertindak memulangkan sebuah beg berjenama Balenciaga atas sebab dia telah memilih untuk memboikot jenama tersebut.
Banteras kempen negetif
Menerusi video tersebut, kelihatan dia memegang sebuah beg berjenama Balenciaga sambil berjalan menuju ke arah sebuah butik jenama berkenaan untuk dipulangkan semula.
Walaupun dengan berat hati dia berbuat demikian, dia tetap melakukannya sebagai tanda dia memboikot serta membanteras unsur negatif yang ditunjukkan oleh jenama itu.
Dia kemudian dilihat membuat muka sedih selepas memulangkan barangan berkenaan. Menerusi ruangan komen, dia juga memberitahu yang dia telah mendapat full refund yang bernilai RM5,000 selepas memulangkan beg tersebut.
“Because f$&k you Balenciaga,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Apa komen warganet?
Ruangan komen dibanjiri dengan komen positif yang diberikan terhadap tindakan pemuda tersebut.
Mereka juga memberikan kata-kata semangat yang mana dia tidak perlu bersedih dan sepatutnya berasa bangga dengan tindakannya untuk membanteras kempen yang mempunyai unsur pedofilia.
Apa pendapat korang? Tindakan dia tu betul ke tak?
Baca : Balenciaga Buat Hal Lagi, Kali Ini Jual Beg ‘Ala-Ala Plastik Sampah’ Berharga Hampir RM8K