Terdapat satu trend terbaru di TikTok, di mana ramai yang berkongsi gambar-gambar kenangan bersama dengan ibu bapa atau orang dewasa yang telah menjaga mereka dengan berlatar belakangkan lagu daripada penyanyi HipHop terkenal Eminem berjudul Mockingbird.
Sebagai seorang yang sentiasa mengekori trend dan juga merupakan seorang influencer yang terkenal, anak kepada usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida (DSV) iaitu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen juga turut membuat trend tersebut.
@cikb_havoc Behind every cool kid like me there is an incredible mom like you:) #fypシ #fyp #mom @QU PUTEH BARULAH PUTEH
Dalam video tersebut, Cik B berkongsi beberapa gambar bersama ibunya itu menggunakan sound tersebut dan menyatakan walaupun bapanya tidak pernah ada bersamanya sejak kecil, dia mempunyai seorang ibu yang sangat hebat.
“Di sebalik setiap kanak-kanak hebat seperti saya ada ibu yang luar biasa seperti kamu (DSV).” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Terharunya…”
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 17K tontonan malah, video pendek itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji serta menunjukkan rasa hormat kepada hubungan kedua-dua ibu dan anak tersebut.
Untung Cik B ada Mama yang kuat macam DSV !
Baca: Datuk Vida Dakwa Kedai Cik B Disihir Lepas Orang Kata Kedai Dah Lama Tak Buka?