in

[VIDEO] Tetamu Homestay ‘Check-out’ Tinggalkan Sepapan Telur, Owner Terkejut Jumpa Anak Itik Menetas

Owner Tinggal Anak Itik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya menjadi kebiasaan bagi individu untuk tertinggal barang-barang selepas menginap di sesuatu tempat, contohnya telefon, baju, buku dan lain-lain.

Video yang dimuatnaik di tiktok itu menjadi tular, selepas pengusaha homestay berkenaan telah menjumpai 30 biji telur itik yang ditinggalkan oleh tetamunya selepas check-out.


@zakaria_nazir

Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang #kedah #itik #swipe

♬ SWIPE – ALYPH

Apa yang menarik perhatian warganet ialah, beberapa telur yang ditinggalkan oleh tetamu homestay itu telah menetas dan menjadi anak itik yang sempurna sifat.

Menurut Zakaria, apabila dia datang ke rumah itu selepas mereka check-out, dia terjumpa sepapan telur itik, dan sebatang rod memancing, lapor mStar.

Sepapan telur itik?

Dia berasa hairan apabila menjumpai barang-barang berkenaan, kerana jarang sekali untuk orang tertinggal sepapan telur.

Katanya, dia difahamkan telur itik itu biasanya dijadikan sebagai umpan memancing dan akan dicampurkan bersama dedak.

Screenshot 2022 11 08 114900

Dia kemudiannya menelefon individu yang menginap di homestaynya sebelum ini dan memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun individu itu meminta Zakaria untuk menyimpan dahulu telur-telur itu kerana mereka akan datang lagi ke sini untuk pertandingan memancing.

“Saya ada tanya perlu ke untuk simpan telur-telur tu dalam peti sejuk, mereka beritahu tak perlu dan saya tinggalkan atas meja,” ujar Zakaria.

Selepas satu minggu, dia berasa terkejut apabila terhidu bau bangkai atau busuk apabila dia memasuki rumah itu.

Rupanya anak itik dah menetas…

Setelah di meneliti rumah berkenaan, dia mendapati telur itik itu telah menetas di sebalik bekasnya dan dia telah memutuskan untuk membawa balik anak-anak itik tersebut.

Screenshot 2022 11 08 115011

Zakaria telah mengambil keputusan untuk membela kesemua anak itik itu kerana dia pernah menternak ayam semasa kecil.

Dia berasa seronok dan bercadang untuk membawa balik anak-anak itik itu ke kampung halamannya di Jitra, Kedah.

“Tapi terpulang kepada pemiliknya. Jika mereka mahu saya menggantikan dengan sepapan telur yang baharu. Seronok bela anak-anak itik ni,” katanya.

Untungg owner homestay dapat bela anak itik, semoga dimurahkan rezekinya..

Baca : Jijik! Tinggal Sisa Makanan Atas Meja, Tukang Cuci Kongsi Pengalaman ‘Customer Dari Neraka’

Homestay Customer Dari Neraka 758X399 1

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.