Berikutan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa negeri semenanjung Malaysia, ramai yang terkesan kan? Macam-macam aktiviti tergendala termasuklah majlis perkahwinan.
Sayu hati min tengok pasangan pengantin yang terpaksa teruskan juga majlis perkahwinan mereka walaupun dalam keadaan banjir dan hujan berterusan. Tapi takpe, segala ujian pasti dapat ditempuhi jika dilakukan bersama, lagi-lagi dengan orang tersayang.
Tular di laman TikTok semalam, seorang pengantin perempuan yang dikenali sebagai Fatyn dirakam sayu terpaksa bersanding sendirian kerana suaminya terkandas di Shah Alam.
Majlis yang diadakan di Balakong, Selangor itu meriah dengan suasana riuh tetamu yang hadir serta paluan kompang, tetapi dapat dilihat dari riak wajah Fatyn, sedih menanti suaminya di atas pelamin mereka.
Namun begitu, kesedihan si isteri tak lama kemudian bertukar senyuman setelah suaminya sampai ke majlis mereka. Dengan hanya memakai t-shirt dan seluar yang basah, suaminya yang dikenali sebagai Khusairi itu dikatakan sanggup redah banjir dari Seksyen 17, Shah Alam dengan hanya menaiki motor!
Video yang dikongsikan oleh Marisa Miat itu telah berjaya membuat ramai yang terharu dengan tindakan Khusairi yang nekad meredah banjir demi isterinya yang tercinta. Tambah mengharukan lagi apabila dikatakan dia seorang sahaja yang datang ke majlis itu kerana rumah keluarganya dimasuki air banjir. Dugaan betul!
Rata-rata yang komen di posting Marisa ini memuji sifat ‘gentleman’ Khusairi ini serta mendoakan kebahagiaan mereka. Min juga ucapkan tahniah atas perkahwinan korang, Khusairi so gentle demi isteri. Semoga kekal ke jannah ya!
Baca: Wedding of the year-Batal Majlis Kahwin, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir