Tatkala kawasan Lembah Klang dilanda banjir kilat, taburan hujan yang dahsyat juga telah menyebabkan pergerakan tanah yang mengakibatkan tanah runtuh. Banyak laporan jalan ditutup akibat tanah runtuh dan tanah mendap disekitar Lembah Klang akibat hujan yang luar biasa minggu lepas.
Tular juga di media sosial, satu video berdurasi 20 saat memaparkan tembok di sebuah kawasan perumahan di Cheras runtuh secara tiba-tiba. Korang boleh tengok video yang dikongsi @changing_shade kat bawah ni.
Kejadian di Cheras… pic.twitter.com/up04gdFuza
— Get Vaxxed! (@changing_shade) December 23, 2021
Video yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah yang berhadapan tempat kejadian menunjukkan kawasan tembok tinggi itu dalam keadaan normal apa mulanya.
Tidak lama selepas itu, tembok simen yang tinggi itu tiba-tiba rebah ke bumi dan menghempap sebuah SUV yang parking di bawahnya.
Turut kelihatan dalamm video tersebut, air dari bawah tanah mengalir keluar seolah-olah air terjun dari celahan rekahan disebalik tembok simen tersebut.

Namun begitu, punca utama kejadian itu masih tidak dapat dipastikan lagi.
Harap owner kereta tu tabah lah ye dengan dugaan yang melanda dirinya.
Baca: [VIDEO] Lori Treler Bergerak Sendiri, Banyak Kereta Rosak Akibat Dilanggar

